Sunday, September 07, 2008

Mesyuarat Agung Tahunan(MAT) BKPJM

Alhamdulillah, selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) bagi sesi 2007/2008. Kini pimpinan bagi BKAN Johor bermuka baru. Bagi pimpinan lama, ada sebahagian yang telah bersara, dan ada juga yang kekal bagi menyambung tugasan yang diamanahkan. Saya adalah salah seorang yang telah bersara itu. Walaupun selepas ini tanggungjawab saya agak ringan berbanding dahulu, namun sayu di hati usah dikata. Sehari sebelum MAT lagi saya sudah terasa. Mungkin kerana saya antara orang yang agak lama duduk bersama-sama di dalam saff pimpinan BKPJM, menyebabkan wujud perasaan sedemikian. 3 tahun, bukan satu jangka waktu yang singkat. Bermula dari kosong yang tidak tahu apa-apa, kepada sesuatu yang berharga saya rasakan. Suka dan duka bersama tidak mungkin saya lupakan. InsyAllah, saya sudi hulurkan bantuan seandainya diperlukan...
Saya sangat mengharapkan agar saff pimpinan yang baru ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya, demi memastikan perjalanan BKPJM sentiasa berada dalam keadaan baik…