Pernahkan anda terfikir, anda akan beraya tanpa keluarga tercinta? tanpa teman di sisi? tanpa sesiapapun? tak ada apa-apa untuk dimakan, untuk dipakai, apatah lagi berbaju baru... Hidup keseorangan hanya bertemankan airmata. Takbir berkumandang, shahdu! Benar-benar menyentuh kalbu...
Kita jarang memikirkan ia. Dan mungkin tidak pernah. Kerana apa? Kerana kita hidup senang. Dikelilingi keluarga tercinta, sanak- saudara, sahabat handai, bergelak-tawa dan seringkali terlupa insan-insan yang mungkin kurang bernasib baik...
Benar, Syawal adalah bulan kegembiraan bukan kesedihan. Namun, dalam kegembiraan sepatutnya punya rasa takwa kepada Allah dan menginsafi ketelanjuran diri, serta turut merasai keperitan orang lain...
Di Malaysia, kita mudah menitiskan airmata kerana Takbir yang dikumandangkan penuh shahdu. Di sini, dilaungkan hampir mendatar sahaja. Tapi, di situlah punya roh jihad kalau dilaungkan dengan penuh semangat, terasa benar kehebatan Tuhan yang Maha Kuasa. Allahu Akbar!!
Jadi, mana satu pilihan kita? kesedihan yang tidak tahu punca, atau pun keinsafan atas sesuatu yang bermanfaat...
1 Syawal kali ini saya raikan penuh kesederhanaan. Tanpa ahli keluarga tercinta (kerana diperantauan), dan tanpa kawan-kawan (ahli bait), dan di sana cukup memberi peluang kepada saya menghayati erti susah dan kepayahan, erti kekuatan jiwa yang sebenar dan erti kesyukuran. Saya kira tidak salah beruzlah untuk memcari ketenangan, dan memuhasabah diri dari kesilapan-kesilapan lalu. Namun tidak boleh lalam-lama, hanya seketika. Lebih-lebih lagi di bulan Syawal bukan untuk menyepikan diri tetapi bergembira atas kemenangan lalu...
Kesedihan yang saya lalui, saya tutup sementara. Mungkin saya akan kembali gunakan tatkala benar-benar diperlukan. Ia tetap ada. Manusia boleh bersedih kerana lumrah Allah ciptakan. Namun, DIA tidak ciptakan kita untuk sentiasa bersedih dan merasa lemah. DIA menghendaki kita mencari kekuatan agar menjadi Muttaqin yang berkualiti sehingga Islam dapat ditegakkan...
Berfikir membuatkan kita hidup walaupun keseorangan. Berdiam diri tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah, menjadikan kita mati sebelum sampai waktu yang ditentukan. Kita akan merasa payah, kalau kita mudah- mudah mengatakan ianya payah. Dan kita akan merasa ianya suatu yang mudah, kalau keikhlasan menjadi landasan dan yakin dengan janji Allah...
Salam Aidilfitri...