Monday, March 30, 2009

Hari ini dalam sejarah

Rasanya telah lama saya tidak mengupdate blog ini. Nak kata tiada kelapangan waktu tidak boleh juga. Setiap hari saya tetap dapat 24 jam sama dengan orang lain. Mungkin saya disibukkan dengan perkara lain, atau menyibukkan diri, atau terperasan sibuk, atau apa-apa yang berkaitan dengan kesibukan.. Dengan ertikata sibukla kot...
Saya harap tiada yang marah dengan bahasa yang saya gunakan. Saya bukan seperti sasterawan yang pandai bermain kata, bukan juga seorang karyawan yang pandai berkarya setiap masa, tapi saya hanya seorang... Nak sebut banyakla pulak. Yang pasti, saya adalah hamba Allah yang cuba untuk mendapatkan keredhaan-Nya walau dimana-mana. Dan kali ini saya terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di blog peribadi ini, bukan kerana hari ini, hari bersejarah buat saya (walau hari ini dalam sejarah), tapi kerana terkejut dengan tulisan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sejak akhir-akhir ini memang saya agak kurang berkesempatan untuk membuka laman-laman infomasi. Buka-buka sahaja info yang sedang diperkatakan adalah tentang persatuan yang saya dokongi.. PMRAM. Baru-baru ini dalam 4 hari yang lepas, 26 dan 27 haribulan telah berlangsung Muktamar Thanawi Pmram di Nadi Riadi Hayyu Sadis. Menyaksikan perbincangan yang agak penting, 4 usul tergempar telah diperbahaskan dan diterima. Seterusnya muhasabah dan cadangan terhadap gerak-kerja pimpinan Pmram, dan akhir sekali pembubaran dan pertukaran antara pucuk pimpinan lama dan baru.
Tapi bukanla perkara itu yang saya tidak senangi. Semua itu telah dimaklumi cuma apa yang dikesalkan, ada pihak-pihak yang tidak senang dengan kehadiran Pmram cuba mengelirukan kedudukan Pmram, dengan katalain memburuk-burukkan Pmram. Semestinya ada mata-mata yang konon-kononnya menjadi perwakilan atau pemerhati. Setelah dapat apa yang dicari, mulalah membuat pembalikkan fakta untuk dicanang-canangkan...
Saya tidak mahu mengulas panjang hal ini, saya rasa ada baiknnya membaca dan menilai sendiri apa yang telah 'pihak-pihak' tertentu tuliskan dan jawapan yang telah diberikan oleh Presiden Pmram...
Untuk akhirnya, saya menuliskan hari ini dalam sejarah kerana hari ini hari ulangtahun saya yang ke...:-). Bagi yang mengenali pasti dapat jawapannya.. 5 tahun sudah saya berada di bumi para Anbia' ini. Moga-moga tahun ini membawa kemenangan buat saya. Ibu, tunggu kepulangan saya ya... Amin.