Friday, March 17, 2006

HARGAI MASA ANDA

Masa adalah kehidupan. Kerana masa bergerak seiring dengan kehidupan. Tidak kira kehidupan itu dirancang dengan perkara2 berfaedah atau sebaliknya. Beruntunglah orang yang bijak mengatur masa dan sentiasa berhati2 dengan pergerakan masa yang secara sunnahnya tidak akan berulang semula. Kerana itulah Islam mengajar umatnya agar menghargai dan merancang masa dengan sebaik mungkin.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Asr yang membawa maksud... "Demi masa, Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan beramal soleh".

Rasulullah bersabda: Berhati2 dengan lima perkara sebelum datang lima perkara. Hidup sebelum mati, muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sibuk, dan kaya sebelum miskin.

Kedua-dua dalil ini membuktikan bahawa masa adalah suatu yang penting untuk dipelihara dalam memastikan kehidupan yang berlalu berada dalam kebaikan dan berfaedah...
Oleh itu... hargailah masa anda sebaiknya kerana ia tidak akan berulang kembali.

1 comment:

MZP said...

dah tukar template lah! em...bagus..lawa juga template ni...

ana cadangkan tambah shoutbox. senang kawan2 nak ucap salam ziarah.

boleh buat kat
myshoutbox.com
shoutmix.com
cbox.ws

ada mcm2 lagi..antara 3 tu yg cbox lagi senang kot.