Hari ini baru aku berpeluang untuk mengisi entry yang telah lama menyepi. Al-maklumlah, imtihan yang semakin hampir membuatkan diri ini sentiasa berada dalam keadaan cemas. Hendak mencoretkan sesuatu di blog, tentu sahaja akan mengambil masa yang agak panjang. Jadual harian yang telah disusun dari awal tahun harus dihormati bagi mendisplinkan diri. Jika tidak, umpama sengaja menghancurkan diri sendiri. Pagi waktu kuliah, petang waktu untuk mengadakan munaqasyah bersama teman-teman dan malam, tentu sahaja aku perlu berada di rumah. Kesimpulannya, aku wajib dahulukan yang muhim...
Sepanjang berada di Mansurah ini aku kena bijak mengatur masa dengan sebaik mungkin. Biar macamana sibuk sekalipun aku dengan kitab-kitab yang perlu dihabiskan, kewajipan terhadap sesama ahli bait wajib aku tunaikan. Sebelum pulang ke Kaherah untuk meneruskan tugasan di sana, terasa ingin memuaskan hati semua orang. Masa untuk bersama ahli bait terlalu sekejap aku rasakan. Seolah-olah telah menjadi adat... yang lama akan pulang ke Malaysia, dan penghuni baru bakal mengisi kekosongan yang ada.
Arini tiada muhadharah di kuliah, namun begitu ia bukn tiket bagi aku untuk membuang waktu begitu sahaja tanpa melakukan sesuatu yang bermanfaat. Alhamdulillah, pagi tadi dapat juga aku habis membincangkan satu lagi kitab bersama kawan-kawan, biarpun pada asalnya aku sendiri hampir kecundang oleh masalah peribadi. Moga usaha kecil yang dilakukan secara berjamaah ini mendapat keberkatan dari-Nya...
Sebenarnya, tujuan aku petang ini bukanlah bersahaja untuk menghadap komputer, tp dek kerana kerinduan yang tiba-tiba menyerang kalbu memaksa aku membatalkan semua perancangan. Rindu rasa hati untuk mendengar sura-suara insan yang aku sayangi... Alhamdulillah, terlerai sedikit kerinduan ini...
Friday, April 28, 2006
Thursday, April 13, 2006
KAWAN OH KAWAN...
Apa itu kawan? Apa yang dicari dalam persahabatan? Seronokkah bila berkawan? Kalau tidak berkawan, adakah ianya menjadi satu kesalahan...?
Aku suka berkawan. Kerana berkawan hidup rasa ceria dan tidak merasa sunyi. Aku suka berkawan dengan orang yang sudi berkawan. "Akanku cuba mencari erti kawan dan nilai sebuah persahabatan..."
Bila berkawan dapat mematangkan fikiran, boleh berkongsi pengalaman, dan yang paling utama kitakan dapat mengenal Tuhan.
Ceria hidup ini bila berkawan. Lagi tambah ceria bila berkawan dengan orang yang tahu nilai erti sebuah persahabatan. Kadang-kadang, kita dapat kawan yang satu kepala dengan kita. Bermula dari segi minat, hobi, citarasa, kesukaan, dan bertambah-tambah rasa bangga bila berkongsi tarikh kelahiran.
Tapi, cuba renungkan... kadang-kadang kawan boleh jadi lawan, dan kadang-kadang juga lawan boleh jadi kawan. Inilah sunnah alam...
Sedih bukan... bilamana kita tiada kekuatan untuk menegur kawan. Bila ditegur, dikata kita tidak sayangkan persahabatan. Tapi, bila dibiarkan, hati jadi berkecamuk kerana takutkan murka Tuhan. Mana mahu dipilih, jaga hati kawan, atau jauh dari rahmat Tuhan...?
Kadang-kadang, bila terlalu seronok berkawan, lupa tanggungjawab pada Tuhan. Feel pula boleh bertukar kerana kawan. Berbuat sesuka hati umpama dunia ini tiada pengakhiran...
"Kawan oh kawan... kenapa dikau bisa berbuat demikian..."
Ada juga kawan yang tidak jujur dalam persahabatan. Dek kerana tersilap faham, terus memasang perangkap untuk menjatuhkan kawan yang dianggap bakal menggugat keamanan. Keras hati untuk mengadakan perbincangan. Apa yang penting, tercapai segala impian...!
Tidak kurang juga, ada kawan yang tersalah tafsir erti sebuah persahabatan. Persahabatan dihulur, dianggap satu percintaan. Bila tidak dapat apa yang dicitakan, terus mengambil langkah untuk menjahanamkan kawan. Fitnah disebar bertujuan untuk memalukan. Kononnya agar kawan ingat akan kisah lampau. Masa itu, lupa akan balasan Tuhan. Serangan demi serangan,dihantar untuk menyakitkan!
Indahnya berkawan bila berkawan kerana Tuhan. Sentiasa bersama biarpun dalam kesusahan. Kesedihan ditangkis oleh kekuatan persahabatan. Kedukaan dianggap hanya putaran kehidupan. Kegembiraan dirasakan ganjaran dari Tuhan...
Indahnya persahabatan, jika disulami dengan ketaqwaan. Selalu menberi peringatan, bilamana hampir terjatuh di lembah kemaksiatan...
Buat sahabat-sahabat...
Di mana pun kalian berada, teguhkanlah pendirian. Elakkanlah berpura-pura menjalinkan persahabatan, kerana ianya bakal menyakitkan kawan.
Salam kerinduan buat sahabat-sahabat yang berada di Tanahair... Semoga ukhuwah yang terjalin kerana-Nya akan sentiasa terpelihara.

Subscribe to:
Comments (Atom)