Friday, April 28, 2006

Sedikit peluang...

Hari ini baru aku berpeluang untuk mengisi entry yang telah lama menyepi. Al-maklumlah, imtihan yang semakin hampir membuatkan diri ini sentiasa berada dalam keadaan cemas. Hendak mencoretkan sesuatu di blog, tentu sahaja akan mengambil masa yang agak panjang. Jadual harian yang telah disusun dari awal tahun harus dihormati bagi mendisplinkan diri. Jika tidak, umpama sengaja menghancurkan diri sendiri. Pagi waktu kuliah, petang waktu untuk mengadakan munaqasyah bersama teman-teman dan malam, tentu sahaja aku perlu berada di rumah. Kesimpulannya, aku wajib dahulukan yang muhim...

Sepanjang berada di Mansurah ini aku kena bijak mengatur masa dengan sebaik mungkin. Biar macamana sibuk sekalipun aku dengan kitab-kitab yang perlu dihabiskan, kewajipan terhadap sesama ahli bait wajib aku tunaikan. Sebelum pulang ke Kaherah untuk meneruskan tugasan di sana, terasa ingin memuaskan hati semua orang. Masa untuk bersama ahli bait terlalu sekejap aku rasakan. Seolah-olah telah menjadi adat... yang lama akan pulang ke Malaysia, dan penghuni baru bakal mengisi kekosongan yang ada.

Arini tiada muhadharah di kuliah, namun begitu ia bukn tiket bagi aku untuk membuang waktu begitu sahaja tanpa melakukan sesuatu yang bermanfaat. Alhamdulillah, pagi tadi dapat juga aku habis membincangkan satu lagi kitab bersama kawan-kawan, biarpun pada asalnya aku sendiri hampir kecundang oleh masalah peribadi. Moga usaha kecil yang dilakukan secara berjamaah ini mendapat keberkatan dari-Nya...

Sebenarnya, tujuan aku petang ini bukanlah bersahaja untuk menghadap komputer, tp dek kerana kerinduan yang tiba-tiba menyerang kalbu memaksa aku membatalkan semua perancangan. Rindu rasa hati untuk mendengar sura-suara insan yang aku sayangi... Alhamdulillah, terlerai sedikit kerinduan ini...

2 comments:

Akhie Mujahied said...

assalamualaikum. memang setiap manusia perlu memanfaatkan masa dengan sebaiknya...

Puteri Madinah Ahlam said...

Assalamualaikum Noreha...

Salam imtihan dari kejauhan
Moga dirimu sentiasa bertahan
Mehnah datang menjamu ujian
Natijah abadi buat pedoman...

Sajer2 kacau Nor... study molek2. :)