Alhamdulillah, pagi tadi lepas sudah satu lagi madah. Tak pastilah, jawapan yang kuberikan menepati ciri-ciri soalan yang ditanyakan atau tidak. Aku gagahi jua diri ini untuk menjawab semua soalan, biarpun hari ini menahan sedikit kesakitan...
Kenapa yer... Bila tiba musim peperiksaan, banyak pula kejadian berlaku. Antara yang parah bila terpaksa hadapi tekanan-tekanan yang tidak sepatutnya diterima waktu-waktu sebegini...
Bila dengar cerita dari kawan-kawan yang ditimpa masalah, hati turut merasai keperitan. Ingin sahaja menghulurkan bantuan, tapi apakan daya... Qudrah manusia amat terbatas. Kalam taujihat sahaja sebagai penganti, dikala diri sendiri juga dihujani masalah yang terpaksa diselesaikan sendiri...
Kadang-kadang, dikala rakan-rakan seronok bercerita, hati jadi pilu bila tajuk perbincangan keluar dari kebiasaan. Airmata terpaksa ditahan, senyuman terpaksa dilemparkan, biarpun hati ini meronta ingin mengatakan "sudah!, cukup!"... Tidak kasihankah pada diri ini..."
"Ya Allah, kuatkanlah aku dalam menghadapi sedikit ujian-Mu ini..."
Hati yang cubaku kawal ini bertambah-tambah parah bila berita di kejauhan disampaikan mengatakan itu dan ini... Cerita luar 'muqarrar' terpaksa jugaku dengar... Apa semua ini...!? Macam-macam yang bermain difikiranku sekarang... Kadang-kadang ingin sahaja aku lari dari masalah tapi... sanggupkah aku tanggung risikonya...?
Baru sekejap tadi aku terbaca artikel seorang teman, kata-katanya membuatkan aku bertambah-tambah sebak hati. Tidak pasti, samada ayatnya yang menyedihkan atau aku sememangnya seorang penyedih... Tapi yang pasti, aku mendapat manfaat dari tulisannya...Benar kalam yang biasaku dengar... "Setitik dakwat mampu membuatkan sejuta manusia berfikir tentangnya..."
"Ya Allah, aku mohon petunjuk-Mu. Jangan Kau biarkanku menentukan nasibku sendirian tanpa bantuan-Mu. Jangan Kau jauhkan aku dari Rahmat dan Redha-Mu Tuhan..."
Hati ini payah untuk kita miliki, biarpun kita tuannya sendiri...
Cantiknya hati bila sentiasa dibajai oleh Kalam Ilahi...
Bila terasa dicemari bersegera untuk menjernihkan ia kembali...
Cinta Ilahi suatu yang pasti, namun tidak ramai yang cuba untuk mencarinya... kerana jalan untuk ke sana memerlukan mujahadah yang tinggi...
"Tunjukkanku jalan-Mu ya Allah..."
No comments:
Post a Comment