Thursday, August 28, 2008

Syukur pada-NYA

Sudah lama saya rasa tidak mencoretkan apa-apa di dalam blog ini. Kesibukan waktu mungkin menjadi faktor utama. Pertindanan kerja tidak usah dikata. Jadual penuh. Saya ingat selepas kesibukan EGP ( Ekspo Gempak PMRAM), dapatla mencuri sedikit masa untuk pulang ke Mansurah melihat rumah di sana, tapi ternyata meleset sama sekali. Nampaknya rumah saya akan dipenuhi sarang labah-labah sekali lagi. Tak mengapalah, nanti saya akan kerahkan ahli bait untuk bergotong-royong membersihkan rumah. Jangan marah…

Alhamdulillah, natijah peperiksaan yang lepas, rezeki kejayaan berpihak kepada saya. Walaupun tidak membanggakan mana, saya bersyukur kerana saya dapat naik tahun ke tahun 4 setelah dua tahun berada di tahun 3. Tahniah juga saya ucapkan pada seluruh ahli bait saya atas kejayaan masing-masing. Kepada adik saya dan sahabat-sahabat yang tidak dapat naik tahun pada kali ini jangan futur meneruskan pengajian di sini. Saya kira semuanya telah berjaya kerana saya sendiri telah melihat kesungguhan kalian. Buat dua orang sahabat saya, yang juga “orang kuat” BKAN dan DPMM, saya yakin kalian berdua tabah menerima apa yang telah ditentukan. Kita ditakdirkan bertemu kembali. Bolehla kita buat study group seperti dahulu. Mungkin selepas ini saya tidakla sesibuk sekarang. InsyAllah…

Friday, August 01, 2008

KERANA AKU CINTA NABI...

Seluruh makhluk ciptaan Ilahi tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Kesilapan bukan kekurangan, tetapi ianya adalah latihan yang akan menjadi pengalaman supaya kita tidak jatuh di tempat yang sama buat kali kedua. Namun, manusia makhluk yang lemah, kadang- kadang kesilapan boleh jadi dilakukan berulang kali atas sebab- sebab tertentu.

Entry kali ini mungkin lebih kepada luahan kepada beberapa individu, yang kalau mengikut pandangan saya mereka tidak cuba untuk memulihkan keadaan. Tetapi sebaliknya menambah garam yang sudah sedia masin...

Mugkin bagi anda yang terbaca entry kali ini boleh beranggapan saya ada masalah dengan beberapa individu. Tapi kalau disoal, jawapan yang akan saya berikan, “saya tidak ada masalah dengan mereka”.. Cuma mungkin hari ini jantung saya agak laju berdegup, sehinggakan sesak terasa sampai ke hulu hati. Semacam ada cecair panas yang tersekat di keliling mata.. Saya terfikir, kenapa masih ada insan- insan yang sanggup menabur fitnah semata-mata untuk mendapatkan habuan dunia, yang pada kiraan saya tiada nilaian langsung di sisi Tuhan. Malahan kerja itu mengurangkan pahala, dan menjatuhkan seseorang ke lembah kehinaan...

Kita bukan tidak pernah belajar, fitnah itu termasuk dalam dosa besar. Semua orang tahu akan hal itu. Tapi kenapa kita yang faham ini (golongan agamawan), selalu melupakan hal yang terang- terang akan mendapat kemurkaan Tuhan?? Adakah kita berpuas hati dengan penderitaan yang telah dialami oleh orang yang diftnah?? Mungkin saya boleh katakan anda (yang berkenaan) memang tiada perasaan! Anda bergembira, sedangkan orang yang anda fitnah itu hampir hilang kekuatan diri. Kerana anda!

Apalah yang diburu di dunia ini dengan fitnah yang anda bawa itu? Satu hari nanti kita pasti akan dipanggil kembali. Kita akan diminta dedahkan apa yang telah kita lakukan sepanjang kehidupan kita. Kita boleh bohongi manusia, tapi kita kena ingat, kita tidak boleh bohongi Tuhan. Cuba- cubalah belajar Redha dengan apa yang telah Allah bagi pada kita. Usah cemburu akan kenikmatan orang lain. Usah menyimpan dengki. Muhasabahla diri, berapa ramai insan-insan yang sakit berpunca dari kita. Berbuat dosa dengan Allah, taubat boleh terus padanya. Berbuat dosa sesama manusia, mahu tidak mahu perlu minta maaf darinya. Kalau mungkin saya antara yang teraniaya itu, saya hanya mampu katakan.. “Pergila..hati ini dah lali. Bukan hak untuk tidak mahu memaafkan. Bukan hak untuk menyimpan dendam. Semuanya hak Tuhan..”

Buat renungan bersama, …

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:


“Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain, Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudarnya yang telah mati, tentulah kamu sekalian benci memakannya.” (al-Hujurat: 12)

Hadith RasuluLlah saw: "Mengumpat ialah apabila engkau menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu yang tidak disukainya" (HR Muslim)


Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang menaburkan fitnah untuk memesongkan orang-orang
mukmin lelaki dan perempuan, kemudian tidak bertaubat maka akan berolehlah azab neraka jahannam (kerana perbuatannya menabur fitnah itu), dan mereka akan beroleh azab api yang membakar (kerana mereka tidak bertaubat)
-(Surah Al-Buruj ayat 10)