Seluruh makhluk ciptaan Ilahi tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Kesilapan bukan kekurangan, tetapi ianya adalah latihan yang akan menjadi pengalaman supaya kita tidak jatuh di tempat yang sama buat kali kedua. Namun, manusia makhluk yang lemah, kadang- kadang kesilapan boleh jadi dilakukan berulang kali atas sebab- sebab tertentu.
Entry kali ini mungkin lebih kepada luahan kepada beberapa individu, yang kalau mengikut pandangan saya mereka tidak
Mugkin bagi anda yang terbaca entry kali ini boleh beranggapan saya ada masalah dengan beberapa individu. Tapi kalau disoal, jawapan yang akan saya berikan, “saya tidak ada masalah dengan mereka”.. Cuma mungkin hari ini jantung saya agak laju berdegup, sehinggakan sesak terasa sampai ke hulu hati. Semacam ada cecair panas yang tersekat di keliling mata.. Saya terfikir, kenapa masih ada insan- insan yang sanggup menabur fitnah semata-mata untuk mendapatkan habuan dunia, yang pada kiraan saya tiada nilaian langsung di sisi Tuhan. Malahan kerja itu mengurangkan pahala, dan menjatuhkan seseorang ke lembah kehinaan...
Kita bukan tidak pernah belajar, fitnah itu termasuk dalam dosa besar. Semua orang tahu akan hal itu. Tapi kenapa kita yang faham ini (golongan agamawan), selalu melupakan hal yang terang- terang akan mendapat kemurkaan Tuhan?? Adakah kita berpuas hati dengan penderitaan yang telah dialami oleh orang yang diftnah?? Mungkin saya boleh katakan anda (yang berkenaan) memang tiada perasaan! Anda bergembira, sedangkan orang yang anda fitnah itu hampir hilang kekuatan diri. Kerana anda!
Apalah yang diburu di dunia ini dengan fitnah yang anda bawa itu? Satu hari nanti kita pasti akan dipanggil kembali. Kita akan diminta dedahkan apa yang telah kita lakukan sepanjang kehidupan kita. Kita boleh bohongi manusia, tapi kita kena ingat, kita tidak boleh bohongi Tuhan.
Buat renungan bersama, …
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
“Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain, Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudarnya yang telah mati, tentulah kamu sekalian benci memakannya.” (al-Hujurat: 12)
Hadith RasuluLlah saw: "Mengumpat ialah apabila engkau menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu yang tidak disukainya" (HR Muslim)
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang menaburkan fitnah untuk memesongkan orang-orang
mukmin lelaki dan perempuan, kemudian tidak bertaubat maka akan berolehlah azab neraka jahannam (kerana perbuatannya menabur fitnah itu), dan mereka akan beroleh azab api yang membakar (kerana mereka tidak bertaubat)
-(Surah Al-Buruj ayat 10)
No comments:
Post a Comment