Thursday, July 31, 2008

ISRA' MIKRAJ RASULULLAH SAW

Bulan Rejab hampir ke penghujung. Dan kalau dsoroti kembali, pada bulan inilah terjadinya Isra’Mikraj Nabi Muhammmad SAW pada 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW. Peristiwa ini adalah peristiwa yang luar biasa yang dialami oleh Baginda. Kedua- dua peristiwa ini menunjukkan tanda kekuasaan Allah SWT yang Maha Agung. Peristiwa ini berlaku setahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah, bersamaan tahun 721 Masihi.

Isra’ bermaksud, perjalanan Nabi SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin.

Sementara Mikraj pula adalah, perjalanan Rasulullah dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit ke tujuh. Di bawah Arasyi Allah SWT.

Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa baginda kerana kelajuannya bersalahan dengan akal manusia yang punya batasan. Ia boleh disimpulkan perjalanan kilat baginda pada malam hari dengan kekuasaan dan kehendak Allah SWT, Rasulullah dibawa dari Masjidil Haram Ke Masjidil Aqsa, kemudian dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha dengan melalui tujuh lapisan langit sehingga ke bawah Arasyi Allah SWT. Dan selepas itu kembali semula ke Mekah pada malam yang sama.

Perjalanan Rasulullah bukanla satu perjalanan yang bersahaja. Kalau kita hayati akan perjalanan yang penuh bermakna ini, kita dapati bahawa solat adalah perintah yang diterima baginda untuk disampaikan kepada umatnya. Pada asalnya, jumlah solat yang diperintahkan adalah 50 waktu sehari semalam, namun tatkala bertemu nabi Allah Musa alaihi salam di langit ke enam, baginda menyarankan agar jumlah tersebut dikurangkan. Saranan itu berulang beberapa kali sehinggalah jumlah solat menjadi 5 waktu sehari semalam seperti yang kita lakukan.

Dalam perjalanan itu juga baginda diperlihatkan dengan kekuasaan serta balasan yang akan diterima oleh umatnya di akhirat nanti. Salah satu peristiwa yang baginda alami semasa diperjalanan, Rasulullah terbau wangian kasturi dan apabila ditanyakan hal itu kepada Jibril, Jibril mengatakan itu adalah Maqam Mashitah seorang penghulu Syurga yang semasa hayatnya mempunyai keberanian dalam memperjuangkan kebenaran dan keimanan terhadap Allah SWT. Semua ahli keluarganya syahid kerana mempertahankan akidah kebenaran.Rasulullah diperlihatkan juga dengan 10 penyiksaan terhadap wanita yang amat menyedihkan hati baginda.

Bulan Rejab disifatkan oleh ahli sejarah, sebagai bulan dukacita bagi Rasulullah kerana berikutan dua musibah yang berturut- turut menimpa baginda atas kehilangan insan-insan yang disayangi. Iaitu Saidatina Khadijah isteri baginda yang tercinta, dan disusuli pula bapa saudara baginda Abu Thalib yang banyak melindungi dan membantu Rasulullah di dalam keadaan yang mana Mekah pada saat itu, berlaku penzaliman dari puak Kuffar Musyrikin.

Dan antara tujuan nabi di isra’ mikraj kan adalah untuk menghibur dan mempertebal hati baginda, yang dilanda kesedihan dan kehampaan terhadap apa yang berlaku ke atasnya.

Berdasarkan isra’mikraj banyak pengajaran harus diambil agar kita sentiasa berwaspada di dunia yang penuh cubaan ini antarany ialah:

  • Manusia perlu sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah SWT. Baik semasa ditimpa kesusahan mahupun nikmat kesenangan. Ini kerana, kita adalah hamba-Nya dan pada-Nya sahaja tempat bergantung segala sesuatu.
  • Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Ini kerana semasa perjalanan Rasulullah, baginda ditunjukkan dengan beberapa penyiksaan terhadap umatnya yang melanggar perintah Allah SWT
  • Mengingatkan usia dunia yang telah tua yang mana Allah gambarkan di hadapan Rasulullah dunia pada masa itu umpama nenek tua yang hampir ke penghujung hayat.

Banyak lagi pengajarn yang terkandung disepanjang nabi di isra’ mikraj kan. Isra’ mikraj merupakan salah satu mukjizat Rasulullah, yang Allah kurniakan ke atas baginda. Peristiwa yang berlaku di dalamnya perlu diteliti, dan dijadikan pedoman agar kita sentiasa berpegang teguh dengan tali Allah, dan tidak mensia- siakan usia pinjaman yang berbaki ini..

No comments: