Tuesday, July 08, 2008

DI MANA KITA WAHAI PEJUANG…


Dewasa kini kita melihat dunia semakin mencabar. Manusia berlumba-lumba untuk mengejar kemewahan material tanpa mempersoalkan dimana halal dan haramnya. Nafsu menjadi rakus kerana kurangnya tarbiah yang sempurna pada diri. Tarbiah dirasakan terlalu payah dan menyusahkan. Kononya tidak mengikut perkembangan zaman. Tarbiah hanya sesuai dijalankan pada zaman Rasullullah dan Salafussoleh yang terdahulu sahaja. Yang kuffar bertambah kuffar. Yang kurang pemahaman semakin berjiwa mati Yang berjiwa kecil takut menegakkan kebenaran. Yang faham kadang-kadang leka. Wanita-wanita pula lupa diri dengan kecantikan semulajadi kurniaan Ilahi. Rela diri diekploitasi kerana merasakan kecantikan tidak perlu disorokkan. Konon- kononya semua itu perlu ditonjolkan untuk memperlihatkan wanita punya harga diri dan bersikap terbuka.

Kehidupan masyarakat kucar- kacir dengan pebagai maksiat yang semacam tiada jalan keluar. Zina, riba, pelacuran pembunuhan, arak sudah tidak terkawal lagi. Maksiat yang besar telah menjadi amalan kebiasaan. Berjalan berduaan, mengumpat, hasad dan dengki tidak terasa apa-apa. Hal yang kecil menjadi normal yang kalau dipersoalkan dianggap ketinggalan zaman. Dimana kita??

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT sekalian…

Adakah kita lebih senang duduk berdiam diri dengan hanya melakukan aktiviti harian dari membantu? Kita dianugerahkan dengan kepandaian masing-masing. Ada orang dianugerahkan kebijaksanaan dalam berkata-kata yang boleh spontan berhujah dikhalayak ramai. Ada pula yang boleh menjadi pemimpin secara halus seperti menasihati secara perlahan-lahan. Ada orang pula dianugerahkan hanya cenderung pada penulisan dan sebagainya.

Sahabat-sahabat seperjuangan…

Adakah kita rela terus-menerus membiarkan masyarakat terus tenggelam dengan kemaksiatan? Adakan kita rela melihat generasi akan datang sudah tidak mengenal apa itu Islam? Adakah kita rela Islam hilang izzahnya?? Tepuk dada tanya iman…


Sahabat-sahabat sekalian…

Masa kita terlalu sempit kalau nak dibandingkan dengan kerja atau tugasan yang terpundak di atas kita. Kadang- kadang 24 jam sehari semacam tidak cukup untuk menghadapi dunia yang penuh kerenah ini. Andai kita merasai masa sehari yang diperuntukkan seakan kosong atau semacam terlebih masa, muhasabah lah diri semula. Di mana sepatutnya kita letakkan diri kita. Adakah ditilam empuk sambil berangan-angan perkara yang tidak pasti? Adakah duduk bersantai-santai sambil memperkatakan sesuatu tentang orang lain? Adakah di hadapan komputer sambil berchatting hal yang entah apa-apa dan sebagainya?

Sahabat-sahabat yang dikasihi…

Dunia ini sudah terlalu ‘tua’ kalau hendak diperkatakan. Tua dengan pelbagai cerita yang kita semua lakarkan. Semuanya telah terakam di Sana. Baik atau buruk tidak sedikitpun kan terlepas. Yang pasti, semuanya akan dipersoalkan. Hanya menunggu waktu yang sesuai untuk didedahkan… Renung-renungkan. Moga-moga kita semua digolongkan diantara orang-orang yang melakukan segala apa yang kita perkatakan…



NUKILAN RASA..

No comments: