Friday, May 30, 2008

MENGUASAI ISU SEMASA

Perhatikan beberapa isi yang telah terjadi pada bulan ini..

~ISU MALAYSIA...

1 ) Pengarah Jabatan Agama Perak Di pecat

Pengarah Jabatan Agama Perak Datuk Jamry Sury di PECAT kerana atas masalah tertentu.


2 ) Projek keretapi Anugerah bernilai 990 juta kepada kroni UMNO di Terengganu?

Satu projek yang akan dianugerahkan kepada kontraktor kroni UMNO negeri Terengganu bernilai RM990 juta bagi pembuatan landasan kereta api dari Kemaman sampai ke Besut. Projek yang tiada dalam pelaksanaan Rancanan Malaysia ke-9. Oleh yang demikian projek ini akan di anugerahkan kepada kontraktor kroni melalui peruntukan wang ehsan.
Projek-projek wang ehsan yang tidak mendatangkan banyak manafaat kepada rakyat negeri terengganu begitu mudah ditaburkan kepada kroni umno terutama sekali kroni PM di negeri ini. Lihat sahaja projek monsun cup yang bernilai melebihi 300 juta tinggal begitu sahaja tanpa faedah yang dapat dirasai oleh rakyat negeri terengganu. Begitu juga dgn projek Taman Tamadun Islam dengan nilaian hampir RM300 juta juga masih belum menampakkan faedah kepada rakyat terbanyak. Orang yang mendapat manafaat besar ialah pemaju Yg. Bhg Dato' Patrick Lim dan kroni umno. ..


3 ) "Angkuhnya Khairy Pertahan ISA"

"I tak boleh pakai 'badge' ni sebab 'I luv ISA'. Lagi pun family I belum ada yang kena ISA, itu lah jawapan Timbalan Ketua Pemuda Umno yang juga menantu bekas penguasa ISA, Khairy Jamaludin, ketika dihulurkan lencana ISA kepada beliau.

4)TSUNAMI SUNGAI di Terengganu Meragut tiga Nyawa


Ia boleh di anggap sebagai Tsunami sungai atau river tsunami. Pada 3 Mei 2008 , hujan di kawasan bukit telah menyebabkan takungan air di ulu sungai yang membekal aliran air ke Sekayu , kawasan perkelahan terkenal di Kuala Berang Terengganu Tanah yang menampung air hujan yang bertakung di bahagian atas air terjun tiba tiba pecah dan air jatuh dan meluru ke bahagian bawah bukit menuju kawasan perkelah air terjun Sekayu dengan laju dan berat .
sila ke laman web al muslimin http://almuslimin2.blogspot.com
"

5) Kemelut babi dan perjuangan Pas

6 ) Isu beras

7 ) Mufti Perlis vs Faizal Tahir

8 ) Permohonan Murtad Dibenarkan?

Tercatat satu lagi sejarah dalam negara Malaysia yang tercinta ini. Buat pertama kalinya mahkamah telah membenarkan permohonan seorang mualaf untuk kembali ke agama asal atau kata mudahnya murtad. Ini merupakan kes 'landmark' atau penanda aras yang akan menentukan keputusan banyak lagi kes kes permohonan untuk murtad oleh individu di Malaysia yang mengamal Islam Hadhari.
-Baca petikan dari Thestaronline :

9 ) Dr Mahathir keluar Umno

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta pada 19 mei dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.

10) Gempa bumi: KL, S'gor, Melaka bergegar

Beberapa lokasi di ibunegara dikesan mengalami gegaran berikutan gempa bumi yang melanda Sumatera Utara pada jam 10.26 malam
Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia menyebut gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter itu adalah punca kepada beberapa gegaran di sekitar Lembah Klang.

11) AL-AZHAR BATAL MOU. PELAJAR AGAMA DIANAKTIRI

Soalan Tambahan Yang Berhormat Bachok Ust Nasharuddin Mat Isa kepada Timbalan Menteri Pelajaran telah membongkar sebab mengapa MOU antara Kerajaan Mesir dan kolej-kolej yang menghantar pelajar ke tahun tiga dibatalkan.

12) WPI: Johor akan jadi "Singapore occupied territory" ala Israel

Merujuk kepada artikel "Wilayah Pembangunan Iskandar = Wilayah Pembangunan Singapura" oleh abeemonster yang diterbitkan oleh TKO pada 21 May 2008 dan juga artikel "Zionis Sudah Sampai Ke WPI" oleh orangjohorlama yang diterbitkan pada 22 May 2008Johor perlu dijadikan 'hinterland' ekonomi dan ketenteraan bagi Singapura samada secara aman melalui penjajahan ekonomi atau pun secara penaklukkan ketenteraan, iaitu Johor ditakluki dan dijadikan 'occupied territory' sama seperti Israel menakluki dan menjajah 'occupied territories' di negara-negara Arab. !!



13) Pulau Batu Putih milik Singapura !!

THE HAGUE 23 Mei – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini hari ini memutuskan bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura.Bagaimanapun, dalam penghakiman itu yang dibacakan oleh Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh, ICJ memutuskan Middle Rocks dimiliki oleh Malaysia.

14) Ezam Masuk Semula UMNO!

Setelah mengharungi pelbagai bentuk cabaran, rintangan, ujian dan halangan dalam perjuangan, akhirnya Ezam kembali semula kepada UMNO

15) Petronas biaya Orkestra RM3.5 juta sebulan!

Parlimen menyaksikan pendedahan Ahli Parlimen (DAP-Bagan) Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa Petronas membelanjakan sejumlah RM3.5 juta sebulan untuk membiayai Malaysian Philharmonic Orchestra iaitu orkestra yang diwujudkan oleh kerajaan sejak 10 tahun dahulu atas biaya Petronas.

~ISI DUNIA...

1) 22 000 mati di Burma: Ombak Besar Langkawi,Penang dan K.Kedah mungkin tempias Cyclone nargis

Mengikut berita terkini CNN dan New Zealand radio , 22,000 maut dan 41,000 masih hilang akibat Ribut Taufan Nagis yang dashat yang melanda Burma. Ribut Nagis kategori 4 mengikut scale Saffir-Simpson telah menyebabkan kematian dan kerosakan. Kebanyakan kematian adalah akibat dari OMBAK LAUT secondary akibat dari kekuatan angin yang memutar air laut Kematian mungkin yang paling besar semenjak tsunami melanda Aceh pada Dec 2004.

Untuk melihat video kesan ribut sila ke laman web almuslimin http://almuslimin2.blogspot.com



2) Gempa bumi di China

Gempa bumi di Cina memang kuat dan memusnah banyak bangunan dan telah membunuh 50,000 orang. Gempa bumi adalah yang terburuk dan paling meluas di Cina semenjak 1949 Turut di khuatiri rosak ialah 400 empangan akibat gempa bumi dan bayangkan kalau empangan pecah sudah tentu berlaku tsunami sungai menyapu kampung di bahagian bawah.-

~ISU YANG MELANDA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA...

PALESTIN

Penindasan yang tiada berkesudahan. Kekejaman yang dilakukan setiap hari tanpa henti..


1) Hamas: Perjumpaan Abbas-Olmert hanya sia-sia

2) Fatwa Terbaru Yahudi : Haram Ambil Pekerja Arab.

3) Israel mengganggu tanah perkuburan Islam di Abbasiya.

4) Hamas : Lawatan Bush Mengecewakan

- SILA BUKA PALESTIN KINI

~ISU “DUNIA MAHASISWA” DAN PMRAM...

1) wajarkah lagi auku dikenakan kepada Mahasiswa Malaysia??

2) Pmram bebas kembali menggunakan dataran haiyu asyir

2) Musim peperiksaaan bagi Mahasiswa dan mahasiswi mesir..

- SILA LIHAT BLOG PMRAM

…BERSAMA MEMBANTU DAN MEMARTABATKAN ISLAM…

No comments: