Friday, March 21, 2008

SEKITAR MUKTAMAR

Muktamar Hewi Pmram dan Muktamar Thanawi Pmram yang telah berlangsung pada 18 dan 19 Mac 2008 dengan rasminya menyaksikan perletakan jawatan para pimpinan lama sesi 2007, sekaligus menaikkan Badan Pengurus dan Hewi Pmram bagi sesi ini. Semoga dengan kenaikkan yang baru ini Pmram lebih kuat menghadapi segala cabaran dan dugaan.

Tahniah dan takziah saya ucapkan buat sahabat yang juga ahli bait saya di Mansurah, kak Nor raudah hanum bt Hj Salim yang telah dicalonkan sebagai Hewi Pmram bagi sesi ini. Semoga dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya. Dengan rela hati, insyAllah saya bersedia untuk membantu bukan sahaja di belakang, malahan di kiri, kanan dan hadapan…

Kembali di sekitar Muktamar, bermacam-macam dirasai semasa majlis berlangsung. Ada yang sedih, marah, tidak ketinggalan juga ada yang mengantuk. Apatah lagi dengan dewan yang agak besar dan jarak diantara Mahasiswa dan Mahasiswi yang jauh membuka peluang bagi individu-individu yang tertentu untuk berada di alam lain ( terlelap ). Tapi bukan itu yang hendak saya sampaikan. Muktamar yang lepas betul betul menyentuh hati saya. Mungkin setengah pihak akan mengatakan kerana saya perempuan menyebabkan hati mudah tersentuh. Walaubagaimanapun, saya yakin bukan hanya saya seorang sahaja yang merasa bahana kesedihan sehingga boleh menitiskan airmata, bahkan seluruh Mahasiswa dan Mahasiswi yang menghadiri dan mengikuti muktamar sehingga ke akhirnya pasti tersentuh.

Saya agak tertarik dengan usul yang dibawakan oleh ust Nik Azran bahawasanya BKAN dan DPM harus mengikis semangat taasub kenegerian dan gabung tenaga menghadapi tekanan dan cabaran pada Pmram dan ahli. Sememangnya itulah juga yang saya nampak. Masalah taasub kenegerian dan institusi pengajikan di Malaysia dulu menyebabkan kurangnya kesedaran untuk membantu jika disebelah pihak menghadapi masalah mahupun tekanan. Sebelum ini saya pernah berbincang dengan beberapa orang sahabat ( bukan senegeri dengan saya ) untuk membincangkan masalah ini, dan antara punca yang menyebabkan keadaan ini adalah, masing masing merasa ‘pihak ‘ sendiri jauh lebih baik dari pihak lain, factor bahasa (mungkin) dan sebagainya. Saya tidak mahu mengupas hal ini terlalu panjang pada kali ini (mungkin akan datang) kerana sebenarnya saya hanya mahu menulis sekitar muktamar yang lepas yang mana kini para pimpinan Pmram telah bertukar ganti. Dan seharusnya sebagai ahli yang selalu melaung laungkan “ KITA PMRAM”, turun padang bersama sama mengimfak tenaga dan sebagainya, demi memastikan Pmram dapat bertahan dan terus kuat menghadapi segala kesulitan. Sekian

No comments: