Tuesday, July 21, 2009

Hari keluarga BKPJM

Alhamdulillah hari keluarga Bkpjm telah selesai dan berjaya diadakan. Syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tidak kiralah kepada adhock pelaksana mahupun ahli Bkpjm. Semuanya telah memainkan peranan.

Walaupun program kali ini tidak ramai ahli Muhafazah yang turut serta namun semuanya berjalan dengan baik. Pada asalnya saya agak risau juga kalau-kalau program ini agak hambar namun ternyata jangkaan saya meleset sama sekali. Saya sendiri rasa terhibur dengan pelbagai acara yang diadakan. Hampir semua permainan saya sertai sehinggakan saya seakan terlupa saya tidak boleh bermain terlalu lasak kerana tahap kesihatan yang kurang mengizinkan.

Setelah selesai berhari keluarga, disambung pula dengan adanya hari perdana siswi. Khusus untuk akhawat. Pengisian yang diadakan pun tetap sama menarik. Antaranya, pembentangan kertas kerja, pertandingan gubahan,pertandingan kupas bawang dan lain-lain. Di akhir program, diadakan anugerah bagi pelajar senior. Saya juga tidak terlepas dari mendapat anugerah senior paling mesra. Jangan katakan saya perasan. Mereka yang memilih saya. Mungkin saya senang menyapa dan terlalu banyak bercakap.. Apa-apapun terima kasih. Saya akan jadikan ianya sebagai kenangan bagi tahun ini… sekian

Saturday, June 27, 2009

Mungkin sekadar tulisan..

Saya baru sahaja sampai dari Mansurah petang tadi. Sengaja cuti 2 hari saya pulang ke sana untuk meraikan ahli bait. Awal bulan 7, sorang bakal pulang ke tanahair, jadi saya tak mahu ketinnggalan berkumpul bersama di saat-saat terakhir. Jumaat pagi saya sampai di Mansurah dan sekarang saya berada di Kaherah semula.

Sebelum pulang semalam saya rasa gembira sangat. Entah apa yang saya sukakan pun saya tidak pasti, tapi yang pasti saya sudah ada plan yang hendak saya lakukan bila sampai di rumah nanti. Namun, kegirangan hati saya tidak lama. Rupanya hanya di perjalanan sahaja. Saya cancelkan niat di hati. Saya simpan dan...

Walau tidak dapat merialisasikan kegembiraan hati, sekurang-kurangnya saya dapat luangkan sedikit masa untuk adik saya. Malam semalam kami mengaji bersama, membuat sedikit perbincangan Feqh dan Nahu dan dapat juga adik saya meluahkan segala permasalahan yang berlaku. Kasihan dia. Saya kesali, kadang-kadang saya tidak mampu untuk membantu.

Dulu masa kecik-kecik saya cukup pantang orang ganggu adik saya. Saya tak kan lepaskan sesiapa sahaja yang menyakiti dia. Dan semua orang tahu saya cukup garang. Sekarang pun masih macam tu juga, bezanya cuma saya tidak akan menyerang seperti dahulu. Saya perlu bertindak matang. Sekarang, kami berdua jauh dari keluarga. Biarlah orang kata saya terlalu manjakan dia. Bagi saya, saya perlu tahu susah senang dia di sini. Dia adik saya. Dan dia tanggaungjawab saya...

Monday, March 30, 2009

Hari ini dalam sejarah

Rasanya telah lama saya tidak mengupdate blog ini. Nak kata tiada kelapangan waktu tidak boleh juga. Setiap hari saya tetap dapat 24 jam sama dengan orang lain. Mungkin saya disibukkan dengan perkara lain, atau menyibukkan diri, atau terperasan sibuk, atau apa-apa yang berkaitan dengan kesibukan.. Dengan ertikata sibukla kot...
Saya harap tiada yang marah dengan bahasa yang saya gunakan. Saya bukan seperti sasterawan yang pandai bermain kata, bukan juga seorang karyawan yang pandai berkarya setiap masa, tapi saya hanya seorang... Nak sebut banyakla pulak. Yang pasti, saya adalah hamba Allah yang cuba untuk mendapatkan keredhaan-Nya walau dimana-mana. Dan kali ini saya terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di blog peribadi ini, bukan kerana hari ini, hari bersejarah buat saya (walau hari ini dalam sejarah), tapi kerana terkejut dengan tulisan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sejak akhir-akhir ini memang saya agak kurang berkesempatan untuk membuka laman-laman infomasi. Buka-buka sahaja info yang sedang diperkatakan adalah tentang persatuan yang saya dokongi.. PMRAM. Baru-baru ini dalam 4 hari yang lepas, 26 dan 27 haribulan telah berlangsung Muktamar Thanawi Pmram di Nadi Riadi Hayyu Sadis. Menyaksikan perbincangan yang agak penting, 4 usul tergempar telah diperbahaskan dan diterima. Seterusnya muhasabah dan cadangan terhadap gerak-kerja pimpinan Pmram, dan akhir sekali pembubaran dan pertukaran antara pucuk pimpinan lama dan baru.
Tapi bukanla perkara itu yang saya tidak senangi. Semua itu telah dimaklumi cuma apa yang dikesalkan, ada pihak-pihak yang tidak senang dengan kehadiran Pmram cuba mengelirukan kedudukan Pmram, dengan katalain memburuk-burukkan Pmram. Semestinya ada mata-mata yang konon-kononnya menjadi perwakilan atau pemerhati. Setelah dapat apa yang dicari, mulalah membuat pembalikkan fakta untuk dicanang-canangkan...
Saya tidak mahu mengulas panjang hal ini, saya rasa ada baiknnya membaca dan menilai sendiri apa yang telah 'pihak-pihak' tertentu tuliskan dan jawapan yang telah diberikan oleh Presiden Pmram...
Untuk akhirnya, saya menuliskan hari ini dalam sejarah kerana hari ini hari ulangtahun saya yang ke...:-). Bagi yang mengenali pasti dapat jawapannya.. 5 tahun sudah saya berada di bumi para Anbia' ini. Moga-moga tahun ini membawa kemenangan buat saya. Ibu, tunggu kepulangan saya ya... Amin.