Saturday, June 27, 2009

Mungkin sekadar tulisan..

Saya baru sahaja sampai dari Mansurah petang tadi. Sengaja cuti 2 hari saya pulang ke sana untuk meraikan ahli bait. Awal bulan 7, sorang bakal pulang ke tanahair, jadi saya tak mahu ketinnggalan berkumpul bersama di saat-saat terakhir. Jumaat pagi saya sampai di Mansurah dan sekarang saya berada di Kaherah semula.

Sebelum pulang semalam saya rasa gembira sangat. Entah apa yang saya sukakan pun saya tidak pasti, tapi yang pasti saya sudah ada plan yang hendak saya lakukan bila sampai di rumah nanti. Namun, kegirangan hati saya tidak lama. Rupanya hanya di perjalanan sahaja. Saya cancelkan niat di hati. Saya simpan dan...

Walau tidak dapat merialisasikan kegembiraan hati, sekurang-kurangnya saya dapat luangkan sedikit masa untuk adik saya. Malam semalam kami mengaji bersama, membuat sedikit perbincangan Feqh dan Nahu dan dapat juga adik saya meluahkan segala permasalahan yang berlaku. Kasihan dia. Saya kesali, kadang-kadang saya tidak mampu untuk membantu.

Dulu masa kecik-kecik saya cukup pantang orang ganggu adik saya. Saya tak kan lepaskan sesiapa sahaja yang menyakiti dia. Dan semua orang tahu saya cukup garang. Sekarang pun masih macam tu juga, bezanya cuma saya tidak akan menyerang seperti dahulu. Saya perlu bertindak matang. Sekarang, kami berdua jauh dari keluarga. Biarlah orang kata saya terlalu manjakan dia. Bagi saya, saya perlu tahu susah senang dia di sini. Dia adik saya. Dan dia tanggaungjawab saya...

2 comments:

Ibnu Ali said...

Yeke garang?

Betul2, kita sebagai abang atau akak mestilah menjaga adik kita dengan sebaik-baiknya. Begitulah sebaliknya. Apatah lagi kalau berjauhan dengan orang tua kita.

Macam ana plak, ada anak sedara dan adik sepupu. Perlu juga mainkan peranan memerhati dan membantu jika mereka memerlukan. Ianya sepeti amanah yang perlu dilakukan walaupun tidak disampaiklan secara rasmi. Namun rasminya saya ada pertalian darah sebagai ahli keluarga.

NOREHA BT MAHAT said...

Hanya yang mengenali secara rapat shj yang tahu bagaimana grg nya saya:).tp kalau xde yang buat hal ok aje.. nak marah selalu pon x baik juga. wat sakit jiwa jerr...:)