Tuesday, February 02, 2010

Doakan..

Lama benar saya rasa tidak menjengah di blog sendiri. Apatah lagi untuk menambah entry baru. Mungkin kekurangan idea dan beberapa faktor lain.
Alhamdulillah hari ini saya selesai menghadapi peperiksaan 'fasa awal'. Walaupun rintangan demi rintangan mendatang, atas nikmat-Nya saya dapat bertahan. Fasa thani nanti ada lagi madah yang bakal menyusul. Mungkin 5 madah. Moga-moga tidak ada khabar penambahan lagi. Jumlah keseluruhan madah iadah yang saya bawa 6 pada asalnya, tapi sistem Az-Azhar yang tidak dapat dijangka menjadikan keseluruhan madah yang perlu saya hadapi menjadi 13. Dihazaf 2 madah untuk fasa awal dan 1 bagi fasa thani(munkin), menjadikan keseluruhan 10 madah. Khusus bagi mereka2 yang mengambil jurusan usuluddin dan penambahan madah mengikut jabatan yang diambil. Samada Hadith, Tafsir atau Akidah Falsafah. Satu kejutan hebat saya telan pelan-pelan. Tidak menyakitkan tapi membuatkan saya kadang-kadang dihimpit kerisauan..
Moga-moga ada hikmah di sana. Doakan saya.. Saya mahu pulang membawa kejayaan. Kejayan menurut pandangan manusia (tentu sekali segulung ijazah), juga kejayaan 'diri' yang abadi yang pastinya lebih bermakna untuk ukhrawi..

1 comment:

Al-Mujahidah fi To'atillah said...

InsyaAllah najah... diberkati ilmu yang telah dipelajari dan yang bakal dipelajari... Sentiasa betulkan niat... Ya Allah, berkatilah dan berilah kejayaan buat sahabatku ini...:)