Monday, July 03, 2006

Bila nafsu menguasai diri...

Bila nafsu menguasai diri...
Ilmu tidak ditunjang oleh Iman dan Taqwa...
Jiwa dan hati menjadi buta tiada terasa...
Dunia pun dicintai, dipuji dan dipuja...
Matlamat yang diperjuangkan hanya dunia!
Rasa bangga, angkuh, meninggi diri, mendabik dada...
Mengangkat diri, menaikkan namanya...
Mabuk dengan pujian, alpa dengan sanjungan...
Si pengampu-pengampu yang inginkan sesuatu
Meniupkan api menyemarakkan...
Di waktu itu Tuhan hanya di bibir, bukan di hati...
Islam di mulut, bukan diyakini, bukan dihayati...
Ditegur melenting, bahkan buat bising...
Melatah bila dinasihati,
Jiwa panas, perasaan mengganas...
Bercakap pun tidak disukat lagi, main lepas sahaja...
Macam atap bocor di waktu hujan...
Tanpa sekatan...!
Mendengar kebenaran macam mendengar halilintar...
Takut sekali, bukan dipeduli...
Diwaktu itu... Tunggulah...!
Yang punya cemeti... bertindak sesuka hati...


"Ya Allah... jadikan diri ini sentiasa berlapang dada bila mendapat teguran..."Amin.

Sunday, June 18, 2006

Coretan ringkas

Arini masuk hari ke tiga aku berada di Kaherah. Sepatutnya arini aku sudah berada di Mansurah semula tapi atas suatu urusan yang perlu aku tunaikan, aku ganjakkan pada 24/6 nanti. Kasihan pada kak nora, tak dapat aku nak menghantar dia ke 'Mator' pada esok hari. Yang paling penting bab mengemas ni.Bestnya... terbayang pula, mesti tahun 2 usuluddin stay beramai-ramai di rumah kak nora (seperti yang telah dirancangkan) menolong dia mengemas malam ni... Sedikit rasa terkilan kerana tidak dapat bersama... Apa boleh buat, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Sabtu ini, aku kena pulang juga, sedih pula kak Hanum nanti kalau aku tak dapat menghantar dia. Ahli bait la katakan... Tolong mengemas sudah jadi macam satu kewajipan...(untuk Bait ItQon sahaja). Doakan moga kesakitan yang semakin terasa ini diringankan...Tunggu...

Saturday, June 17, 2006

Antara logik dan realiti...

Logik dan realiti tidak sama, logik dengan kejadian tidak serupa, logik dengan pengalaman tidak sama... Seolah-olah dua perkara tidak boleh disatukan, akal berbangga dengan logik tetapi realitinya lain pula...

Wednesday, May 31, 2006

Sekadar luahan rasa...

Alhamdulillah, pagi tadi lepas sudah satu lagi madah. Tak pastilah, jawapan yang kuberikan menepati ciri-ciri soalan yang ditanyakan atau tidak. Aku gagahi jua diri ini untuk menjawab semua soalan, biarpun hari ini menahan sedikit kesakitan...

Kenapa yer... Bila tiba musim peperiksaan, banyak pula kejadian berlaku. Antara yang parah bila terpaksa hadapi tekanan-tekanan yang tidak sepatutnya diterima waktu-waktu sebegini...

Bila dengar cerita dari kawan-kawan yang ditimpa masalah, hati turut merasai keperitan. Ingin sahaja menghulurkan bantuan, tapi apakan daya... Qudrah manusia amat terbatas. Kalam taujihat sahaja sebagai penganti, dikala diri sendiri juga dihujani masalah yang terpaksa diselesaikan sendiri...

Kadang-kadang, dikala rakan-rakan seronok bercerita, hati jadi pilu bila tajuk perbincangan keluar dari kebiasaan. Airmata terpaksa ditahan, senyuman terpaksa dilemparkan, biarpun hati ini meronta ingin mengatakan "sudah!, cukup!"... Tidak kasihankah pada diri ini..."
"Ya Allah, kuatkanlah aku dalam menghadapi sedikit ujian-Mu ini..."

Hati yang cubaku kawal ini bertambah-tambah parah bila berita di kejauhan disampaikan mengatakan itu dan ini... Cerita luar 'muqarrar' terpaksa jugaku dengar... Apa semua ini...!? Macam-macam yang bermain difikiranku sekarang... Kadang-kadang ingin sahaja aku lari dari masalah tapi... sanggupkah aku tanggung risikonya...?

Baru sekejap tadi aku terbaca artikel seorang teman, kata-katanya membuatkan aku bertambah-tambah sebak hati. Tidak pasti, samada ayatnya yang menyedihkan atau aku sememangnya seorang penyedih... Tapi yang pasti, aku mendapat manfaat dari tulisannya...Benar kalam yang biasaku dengar... "Setitik dakwat mampu membuatkan sejuta manusia berfikir tentangnya..."
"Ya Allah, aku mohon petunjuk-Mu. Jangan Kau biarkanku menentukan nasibku sendirian tanpa bantuan-Mu. Jangan Kau jauhkan aku dari Rahmat dan Redha-Mu Tuhan..."

Hati ini payah untuk kita miliki, biarpun kita tuannya sendiri...
Cantiknya hati bila sentiasa dibajai oleh Kalam Ilahi...
Bila terasa dicemari bersegera untuk menjernihkan ia kembali...
Cinta Ilahi suatu yang pasti, namun tidak ramai yang cuba untuk mencarinya... kerana jalan untuk ke sana memerlukan mujahadah yang tinggi...
"Tunjukkanku jalan-Mu ya Allah..."

Friday, April 28, 2006

Sedikit peluang...

Hari ini baru aku berpeluang untuk mengisi entry yang telah lama menyepi. Al-maklumlah, imtihan yang semakin hampir membuatkan diri ini sentiasa berada dalam keadaan cemas. Hendak mencoretkan sesuatu di blog, tentu sahaja akan mengambil masa yang agak panjang. Jadual harian yang telah disusun dari awal tahun harus dihormati bagi mendisplinkan diri. Jika tidak, umpama sengaja menghancurkan diri sendiri. Pagi waktu kuliah, petang waktu untuk mengadakan munaqasyah bersama teman-teman dan malam, tentu sahaja aku perlu berada di rumah. Kesimpulannya, aku wajib dahulukan yang muhim...

Sepanjang berada di Mansurah ini aku kena bijak mengatur masa dengan sebaik mungkin. Biar macamana sibuk sekalipun aku dengan kitab-kitab yang perlu dihabiskan, kewajipan terhadap sesama ahli bait wajib aku tunaikan. Sebelum pulang ke Kaherah untuk meneruskan tugasan di sana, terasa ingin memuaskan hati semua orang. Masa untuk bersama ahli bait terlalu sekejap aku rasakan. Seolah-olah telah menjadi adat... yang lama akan pulang ke Malaysia, dan penghuni baru bakal mengisi kekosongan yang ada.

Arini tiada muhadharah di kuliah, namun begitu ia bukn tiket bagi aku untuk membuang waktu begitu sahaja tanpa melakukan sesuatu yang bermanfaat. Alhamdulillah, pagi tadi dapat juga aku habis membincangkan satu lagi kitab bersama kawan-kawan, biarpun pada asalnya aku sendiri hampir kecundang oleh masalah peribadi. Moga usaha kecil yang dilakukan secara berjamaah ini mendapat keberkatan dari-Nya...

Sebenarnya, tujuan aku petang ini bukanlah bersahaja untuk menghadap komputer, tp dek kerana kerinduan yang tiba-tiba menyerang kalbu memaksa aku membatalkan semua perancangan. Rindu rasa hati untuk mendengar sura-suara insan yang aku sayangi... Alhamdulillah, terlerai sedikit kerinduan ini...

Thursday, April 13, 2006

KAWAN OH KAWAN...

Apa itu kawan? Apa yang dicari dalam persahabatan? Seronokkah bila berkawan? Kalau tidak berkawan, adakah ianya menjadi satu kesalahan...?

Aku suka berkawan. Kerana berkawan hidup rasa ceria dan tidak merasa sunyi. Aku suka berkawan dengan orang yang sudi berkawan. "Akanku cuba mencari erti kawan dan nilai sebuah persahabatan..."

Bila berkawan dapat mematangkan fikiran, boleh berkongsi pengalaman, dan yang paling utama kitakan dapat mengenal Tuhan.

Ceria hidup ini bila berkawan. Lagi tambah ceria bila berkawan dengan orang yang tahu nilai erti sebuah persahabatan. Kadang-kadang, kita dapat kawan yang satu kepala dengan kita. Bermula dari segi minat, hobi, citarasa, kesukaan, dan bertambah-tambah rasa bangga bila berkongsi tarikh kelahiran.

Tapi, cuba renungkan... kadang-kadang kawan boleh jadi lawan, dan kadang-kadang juga lawan boleh jadi kawan. Inilah sunnah alam...

Sedih bukan... bilamana kita tiada kekuatan untuk menegur kawan. Bila ditegur, dikata kita tidak sayangkan persahabatan. Tapi, bila dibiarkan, hati jadi berkecamuk kerana takutkan murka Tuhan. Mana mahu dipilih, jaga hati kawan, atau jauh dari rahmat Tuhan...?

Kadang-kadang, bila terlalu seronok berkawan, lupa tanggungjawab pada Tuhan. Feel pula boleh bertukar kerana kawan. Berbuat sesuka hati umpama dunia ini tiada pengakhiran...
"Kawan oh kawan... kenapa dikau bisa berbuat demikian..."

Ada juga kawan yang tidak jujur dalam persahabatan. Dek kerana tersilap faham, terus memasang perangkap untuk menjatuhkan kawan yang dianggap bakal menggugat keamanan. Keras hati untuk mengadakan perbincangan. Apa yang penting, tercapai segala impian...!

Tidak kurang juga, ada kawan yang tersalah tafsir erti sebuah persahabatan. Persahabatan dihulur, dianggap satu percintaan. Bila tidak dapat apa yang dicitakan, terus mengambil langkah untuk menjahanamkan kawan. Fitnah disebar bertujuan untuk memalukan. Kononnya agar kawan ingat akan kisah lampau. Masa itu, lupa akan balasan Tuhan. Serangan demi serangan,dihantar untuk menyakitkan!

Indahnya berkawan bila berkawan kerana Tuhan. Sentiasa bersama biarpun dalam kesusahan. Kesedihan ditangkis oleh kekuatan persahabatan. Kedukaan dianggap hanya putaran kehidupan. Kegembiraan dirasakan ganjaran dari Tuhan...

Indahnya persahabatan, jika disulami dengan ketaqwaan. Selalu menberi peringatan, bilamana hampir terjatuh di lembah kemaksiatan...

Buat sahabat-sahabat...
Di mana pun kalian berada, teguhkanlah pendirian. Elakkanlah berpura-pura menjalinkan persahabatan, kerana ianya bakal menyakitkan kawan.

Salam kerinduan buat sahabat-sahabat yang berada di Tanahair... Semoga ukhuwah yang terjalin kerana-Nya akan sentiasa terpelihara.

Friday, March 17, 2006

HARGAI MASA ANDA

Masa adalah kehidupan. Kerana masa bergerak seiring dengan kehidupan. Tidak kira kehidupan itu dirancang dengan perkara2 berfaedah atau sebaliknya. Beruntunglah orang yang bijak mengatur masa dan sentiasa berhati2 dengan pergerakan masa yang secara sunnahnya tidak akan berulang semula. Kerana itulah Islam mengajar umatnya agar menghargai dan merancang masa dengan sebaik mungkin.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Asr yang membawa maksud... "Demi masa, Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan beramal soleh".

Rasulullah bersabda: Berhati2 dengan lima perkara sebelum datang lima perkara. Hidup sebelum mati, muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sibuk, dan kaya sebelum miskin.

Kedua-dua dalil ini membuktikan bahawa masa adalah suatu yang penting untuk dipelihara dalam memastikan kehidupan yang berlalu berada dalam kebaikan dan berfaedah...
Oleh itu... hargailah masa anda sebaiknya kerana ia tidak akan berulang kembali.

Friday, March 10, 2006

Duhai hati ...

Sabarlah duhai hati... Cerialah duhai wajah... Sembunyikanlah kedukaan itu...
Memang mudah untuk melafazkan kata 'sabar'... Tapi berat untuk menanggungnya...
Biar apapun, ingatlah... Kasih Allah itu bila kita diujiNya...

Senyum itu penawar duka...

Saturday, March 04, 2006

Kekuatan...

Semalam sy pergi rumah kak Nisa' tanya tajuk bahas. Tp motif awalnya mmg nak jmp. Rindula... Terima kasih buat kak Nisa' krn susah payah belikan kitab kuliah utk sy. Kesian kat dia, biarpun sentiasa berada kat Mansurah, tp x terlepas dari kerunsingan hati. Skrg nie sibuk ngn Usm, hari Keluarga Mansurah dah dekat kan. X nie mmg sy xdapat nak join Usm, coz sy balik nie just nak setelkan hal kuliah. Harap kak Awien dan ahli Usm lain faham. Sy ttp sayang dan sokong Usm... Sabarla duhai kak Nisa', menjadi hamba Allah pasti x terlepas dari ujian-Nya. Allah tahu kita mampu, tue sbb Allah timpakan ujian atas kita. Sblm sy balik Kaherah nanti, Insy'Allah kita study sama2 kat 'Nadi Muhandisin' ngn group kita.

Emm, Ari tue bila sy masuk jer kawasan mansurah, sy rasa ceria jer. Lepas rindula katakan. Sy rasa bagai hilang semua masalah. Sejuk hati bila dapat melihat ketenangan air Sungai Nil. Dalam hati tertanya2, "Apa cerita agaknya akk2 bait nie..."Bila samapai jer lorong rumah muka nie x dapat nak cover lg. Senyum memanjang jer. Bila dah kat rumah toksah katalah...

"Ya Allah, syukur pada-Mu, krn mengurniakan aku ahli Bait spt mrk. Moga ukhuwah yg terbina krn-Mu akan sentiasa terpelihara...". Sy terharu ngn keakbaban Ukhuwah yg terjalin di Mansurah nie...

Mlm td sblm study kitab Kuliah, sy ambil kesempatan utk baca 'Suara Hewi'. Lama dah beli time 'Liqo' Thaqofi kat Asyir ari tue. Sehelai demi sehelai sy selak. Tp mata terpaku dihelaian 5. 'PANDANGAN ADAM TERHADAP AZHARIAH'. Hati kecil nie mulalah menggelabah, "patutla Kak Sue Upp Pmram x sudah2 mengucapkan kata kasih buat sy. Terimbas pulak di awal bulan 2, tatkala Raisah meminta sy menemani ke Markaz Hewi Pmram krn ada Mesyuarat. Sy setuju, lgpun sy x sampai hati menghampakan harapan orang. Sampai di sana sy dijemput sekali utk mengikuti mesyuarat Upp tue. Malunya sy... Tp xpela, sekurang2nya sy dapat sesuatu yg baru. Nk dijadikan cerita, xsemena2 juga sy dapat pentaklifan utk menulis artikel di Warta, buat x terakhir sblm sesi kenaikkan baru juga sy kena 'metabaah' Ydp Johor utk tulis kritikan pd Hawa. Alamak! Boleh ker sy nie... lama dah x menulis. Tp xpela, sy cuba... Camne plk sy nak metabaah Ydp nie. Boleh ke sy... Apa sy nak cakap kat ust... Xkan nak cakap,"Ustaz, ana nie wakil kpd wakil Suara Hewi". Bunyi cam pelikla pulak. Bila sy terdengar Raisah nak call Ydp atas satu urusan, terus sy minta dia tolong sekali. Dalam pd tue sebenarnya sy berfikir... Knp sy xde kekuatan utk buat perkara sekecil itu sendiri? Knp dengan sy nie? Knp sy xde keyakinan! Pengucapan syukran dari kak Sue x layak buat sy, sy xboleh terima sesuatu yg bukan hak sy biarpun ianya kecil. Sy kena bgtau juga pd kak Sue bila balik Kaherah nanti. Mesti! Melihat pd pandangan Adam terhadap Azhariah, sy terima pandangan ust. Sy sendiri masih x mampu utk menjejaki langkah 'Wanita Agung' spt Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah, Saidatina Fatimah dan ramai lg biarpun sedikit. Dan rasanya memang mustahil. Sifat malu yg masih menebal dalam diri nie masih belum nak terlerai... Pernah sy cuba utk hilangkan perasaan malu nie, tp lain pulak jadinya, sy jadi seolah2 bukan diri sy sendiri... "Ya Allah, janganla Kau jadikan sifat malu ini menjadi penghalang bagiku utk memperjuangkan AdDin-Mu...".

Emm, bg sesiapa yg terbaca blog ini harap maafla, xde apa yg dapat dikongsi bersama, just luahan hati bila kesayuan menjelma. Nak balikla, jap lg ada kelas kat rumah sy... Karang Kak Haida marah pulak sy xde...

Monday, February 27, 2006

Luruskan hatiku Tuhan...

Luruskan hatiku Tuhan...
Ya Allah...
Dgn berkat Nabi-Mu dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku,
agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku
Agaku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku agar ku tak tergugat dgn ujian yg menimpa

Ya Allah...
Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku
Agar mazmumahku tak merosakkan
Agamaku dan juga tak merosakkan
Kehidupan orang lain

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati
Kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak merubah
Supaya aku sentiasa tabah

Tuhan...
Engkau rasakanlah hatiku
Sentiasa bersamamu
Supaya aku rasa ada 'kawan' melindungku
Agar aku tak rasa sepidi dalam hidupku
Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhanMu

Ya Allah...Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku
Agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat dan tidak hasad
Dan tidak berdendam sesama manusia

Tuhan...Limpahkanlah ke dalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat

Tuhan... aku harap Engkau kabulkanlah doaku ini... Amin.

Sunday, February 26, 2006

Kesabaran...

Ini kali ketiga sy buat artikel, yg artikel2 sblm nie xdpt sy nak save atas sebab2 tertentu... Moga2 kali nie ia x berulang lagi. Kesabaran yg sy cuba pegang sedang teruji... Mlm td contohnya, sedang sy asyik menulis kat blog nie tetiba je komputer padam. Hampir terjerit sy dibuatnya. "Ya Allah, benar2 Kau uji kesabaranku. Berikan aku sedikit ketabahan Ya Allah..."

Hampir sebulan sy rasa agak sedih, tertekan dan adakalanya sy rasa seolah2 xberperasaan. Adakah suasana Kaherah yg membuatkan keadaan sy jadi macam nie? Atau mungkin sebenarnya sy rindukan Mansurah, keperihatinan ahli Bait, sahabat2 seusroh dan sesyukbah dan mungkin juga kerana sy dah lama tinggalkan kuliah. Rindunya... Tp Alhamdulillah, sejak2 akhir2 nie sy rasa dapat suntingan semanga baru. Mungkin pentazkirahan demi pentazkirahan sy terima terus masuk dalam hati nie. Baru2 nie, sy ada mengikuti motivasi kat Dewan Abbasiah Arma. Daripada sy sedih2 jer kat rumah layan perasaan, baik sy cari sesuatu yg boleh menaikkan semangat sy. Moga2 dapat meng'happy'kan sedikit hati yang 'ala tul' sedih nie. Motivasi kat Arma bertemaan kepimpinan. Kepimpinan dalam Islam. Terdetik dalam hati sy, bagus... lagi pula, time2 sekarang nie mmg sy perlukan lebih santapan rohani. Santapan yg boleh menaikkan semangat sy dari terus menjunam ke bawah. Ahli2 panel salah seorangnya terdiri daripada tokoh Mahasiswa Al-Azhar iaitu Pemangku Presiden Ustaz Hairul Nizam Mat Husain. Lagi Encik Fuad Yusuf Dan Tuan Hj Mohd Fauzi.

Kepimpinan dalam Islam... Bila sebut kepimpinan @ pemimpin, terbayang dalam kotak pemikiran sy tentang 'amanah'. Amanah yang perlu dijaga dan ditunaikan oleh seorang hamba sbg Khalifah yg menghuni bumi Allah nie. Sy sendiri x pasti adakah sy mampu jlnkan amanah yang terpundak di bahu sy dengan baik @ sebaliknya. Terkesan di hati sy apa yg diperkatakan oleh Ust Hairul Nizam. Beliau menerangkan tentang ciri2 kepimpinan dalam Islam. Bg memastikan kepimpinan dalam Islam itu sampai ke matlamatnya, pertama kita kena letakkan Syariat Islam di tempat yang paling atas. Yakin dan bergantung sepenuhya pada Allah Taala. Benar! Dengan mengikut telunjuk Islam shj dapat memastikan sesuatu pimpinan itu berjaya.

Keduanya, Pimpinan yg berakhlak. Benar! Kalam yg keluar dari hati yg bersih pasti melekat di hati si pendengar, tp kalau kalam yg dituturkan sekadar menunjuk2 kebolehan berbicara @ tiada keikhlasan di hati pasti ianya melepasi telingan shj.

Ketiganya, perancangan dan diselit tawakkal.

Keempat, Kesabaran. Firman Allah SWT di akhir surah Al-Imran , yg membawa maksud,"Hai orang2 yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah di perbatasan negerimu, dan bertaqwalah kpd Allah,supaya kamu beruntung."Bila sentuh bab kesabaran, rasa terjentik pulak hati nie. Entahlah, kdg2 sy sendiri rasa hampir hilang kesabaran dlm diri. Hampir futur dalam perjuangan. Terima kasih buat sahabat tersayang kerana byk x mengingatkan sy tentang hakikat kehidupan sebenar. Sabar itu indah... Manis bg yg dapat menempuhinya dgn ketabahan. Benar! Bila sy fikirkan kembali, di situ ada kebenaran. Terkenang semula kata2 Ust Hairul Nizam. Bila kita rasa lemah, salah satu faktor penaik semangat adalah sahabat yg sentiasa mengingatkan, yg benar2 ikhlas utk bantu kita. "Syukur pd-Mu ya Allah kerana mengurniakan aku seorang sahabat sepertinya...Sesungguhnya aku amat menyayanginya..." Seterusnya, Kesedaran. Perlu tetapkan dalam jiwa bahawa segala perbuatan yg kita lakukan baik besar mahupun kecil akan dipertanggunjawabkan. Bila sy fikirkan dgn lebih jauh, betapa hebatnya ujian yg dihadapi oleh para Rasul terdahulu. Amat jauh sekali kalau nak dibandingkan dgn ujian yg ditimpakan atas kita, khususnya pd sy sendiri. Nabi Ayub a.s contohnya, beliau adalah seorang yg kaya-raya, yg Allah kurniakan pdnya zuriat yg ramai. Beliau juga mempunyai byk binatang ternakan. Kpdya Allah timpakan bermacam cubaan, yg mana semua cubaan itu diterima dgn tenang dan sabar. Mula2 Allah SWT menguji Nabi Allah Ayub dgn mengurangkan rezakinya sehinggakan ia menjadi seorang yg miskin. Namun, hal itu tidak langsung menggoncangkan imannya. Beliau sentiasa ingat bhw manusia lahir ke dunia tanpa mempunyai apa2, dan Allah yg mengurniakan rezeki, maka Allah jua yg layak mengambilnya semula. Ujian kedua, yg Allah timpakan adalah kematian. Anak2nya yg ramai pulang dijemput Ilahi. Ujian kematian sangat berat dirasakan oleh manusia biasa, tp Nabi Allah Ayub sentiasa ingat bhw harta Allah pasti akan kembali menemuiNya termasuk dirinya. Terimbas semula... Diwaktu sy belum sembuh dari sakit, sy dikejutan pula dgn kehilangan orang tersayang. Gelap sekejap dunia sy rasakan pd tika itu. Tp, bila sy pandang wajah emak... tenang... sy kuatkan diri. Sy tahu, mak cuba sembunyikan kehibaan di hati... Kalau ikutkan, hati mak lagi sedih berbanding sy. Dikala anak terlantar sakit, suami pula di jemput Ilahi... Rasulullah pimpinan agung kita tetap sabar dlm menyebarkn ajaran Islam biarpun terlalu byk dugaan yg Baginda lalui... "Ya Rasulullah, amat berat ujianmu, kenapa aku tidak setabah dirimu.?"

Emm, sy rasa macam nak buat karanganla pulak... Td sy cerita tentang kesabaran, tulis punya tulis terimbas pulak kisah sedih... Sampai sini dululah, nak baca buku kuliah pulak.

Friday, February 24, 2006

Salam Perkenalan

Assalamualaikum kwn2 semua... Arini kali pertama saya bina blog. Mujur ada sahabat alex yang sudi membantu. Dapat jugak saya buat blog nie. Nak dijadikan cerita mmg dah lama saya berhajat nak bina blog nie, cuma masa yg x mengizinkan. Tetiba jer semangat dtg berkobar2 mencabar diri bila Tema Ijtima' Siswi Hewi Bkpjm semalam terbayang di kepala. 'Mengilap Permata Penyuluh Cahaya'. Apa kaitan permata dengan cahaya? Anda fikirkan dan nilai sendiri. Adakah kita nie ibarat permata yang bersinar di dalam almari antik atau sekadar kaca yang....

Semoga kita berjumpa lagi di lain lembaran. Selalu la mengunjungi blog saya dan dialu2 kan mencoret sedikit kalam buat pedoman bersama.