Thursday, October 02, 2008
SYAWAL YANG MENGINSAFKAN....
Sunday, September 07, 2008
Mesyuarat Agung Tahunan(MAT) BKPJM
Saya sangat mengharapkan agar saff pimpinan yang baru ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya, demi memastikan perjalanan BKPJM sentiasa berada dalam keadaan baik…
Thursday, August 28, 2008
Syukur pada-NYA
Sudah lama saya rasa tidak mencoretkan apa-apa di dalam blog ini. Kesibukan waktu mungkin menjadi faktor utama. Pertindanan kerja tidak usah dikata. Jadual penuh. Saya ingat selepas kesibukan EGP ( Ekspo Gempak PMRAM), dapatla mencuri sedikit masa untuk pulang ke Mansurah melihat rumah di
Alhamdulillah, natijah peperiksaan yang lepas, rezeki kejayaan berpihak kepada saya. Walaupun tidak membanggakan mana, saya bersyukur kerana saya dapat naik tahun ke tahun 4 setelah dua tahun berada di tahun 3. Tahniah juga saya ucapkan pada seluruh ahli bait saya atas kejayaan masing-masing. Kepada adik saya dan sahabat-sahabat yang tidak dapat naik tahun pada kali ini jangan futur meneruskan pengajian di sini. Saya kira semuanya telah berjaya kerana saya sendiri telah melihat kesungguhan kalian. Buat dua orang sahabat saya, yang juga “orang kuat” BKAN dan DPMM, saya yakin kalian berdua tabah menerima apa yang telah ditentukan. Kita ditakdirkan bertemu kembali. Bolehla kita buat study group seperti dahulu. Mungkin selepas ini saya tidakla sesibuk sekarang. InsyAllah…
Friday, August 01, 2008
KERANA AKU CINTA NABI...
Seluruh makhluk ciptaan Ilahi tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Kesilapan bukan kekurangan, tetapi ianya adalah latihan yang akan menjadi pengalaman supaya kita tidak jatuh di tempat yang sama buat kali kedua. Namun, manusia makhluk yang lemah, kadang- kadang kesilapan boleh jadi dilakukan berulang kali atas sebab- sebab tertentu.
Entry kali ini mungkin lebih kepada luahan kepada beberapa individu, yang kalau mengikut pandangan saya mereka tidak
Mugkin bagi anda yang terbaca entry kali ini boleh beranggapan saya ada masalah dengan beberapa individu. Tapi kalau disoal, jawapan yang akan saya berikan, “saya tidak ada masalah dengan mereka”.. Cuma mungkin hari ini jantung saya agak laju berdegup, sehinggakan sesak terasa sampai ke hulu hati. Semacam ada cecair panas yang tersekat di keliling mata.. Saya terfikir, kenapa masih ada insan- insan yang sanggup menabur fitnah semata-mata untuk mendapatkan habuan dunia, yang pada kiraan saya tiada nilaian langsung di sisi Tuhan. Malahan kerja itu mengurangkan pahala, dan menjatuhkan seseorang ke lembah kehinaan...
Kita bukan tidak pernah belajar, fitnah itu termasuk dalam dosa besar. Semua orang tahu akan hal itu. Tapi kenapa kita yang faham ini (golongan agamawan), selalu melupakan hal yang terang- terang akan mendapat kemurkaan Tuhan?? Adakah kita berpuas hati dengan penderitaan yang telah dialami oleh orang yang diftnah?? Mungkin saya boleh katakan anda (yang berkenaan) memang tiada perasaan! Anda bergembira, sedangkan orang yang anda fitnah itu hampir hilang kekuatan diri. Kerana anda!
Apalah yang diburu di dunia ini dengan fitnah yang anda bawa itu? Satu hari nanti kita pasti akan dipanggil kembali. Kita akan diminta dedahkan apa yang telah kita lakukan sepanjang kehidupan kita. Kita boleh bohongi manusia, tapi kita kena ingat, kita tidak boleh bohongi Tuhan.
Buat renungan bersama, …
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
“Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain, Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudarnya yang telah mati, tentulah kamu sekalian benci memakannya.” (al-Hujurat: 12)
Hadith RasuluLlah saw: "Mengumpat ialah apabila engkau menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu yang tidak disukainya" (HR Muslim)
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang menaburkan fitnah untuk memesongkan orang-orang
mukmin lelaki dan perempuan, kemudian tidak bertaubat maka akan berolehlah azab neraka jahannam (kerana perbuatannya menabur fitnah itu), dan mereka akan beroleh azab api yang membakar (kerana mereka tidak bertaubat)
-(Surah Al-Buruj ayat 10)
Thursday, July 31, 2008
ISRA' MIKRAJ RASULULLAH SAW
Bulan Rejab hampir ke penghujung. Dan kalau dsoroti kembali, pada bulan inilah terjadinya Isra’Mikraj Nabi Muhammmad SAW pada 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW. Peristiwa ini adalah peristiwa yang luar biasa yang dialami oleh Baginda. Kedua- dua peristiwa ini menunjukkan tanda kekuasaan Allah SWT yang Maha Agung. Peristiwa ini berlaku setahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah, bersamaan tahun 721 Masihi.
Isra’ bermaksud, perjalanan Nabi SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin.
Sementara Mikraj pula adalah, perjalanan Rasulullah dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit ke tujuh. Di bawah Arasyi Allah SWT.
Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa baginda kerana kelajuannya bersalahan dengan akal manusia yang punya batasan. Ia boleh disimpulkan perjalanan kilat baginda pada malam hari dengan kekuasaan dan kehendak Allah SWT, Rasulullah dibawa dari Masjidil Haram Ke Masjidil Aqsa, kemudian dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha dengan melalui tujuh lapisan langit sehingga ke bawah Arasyi Allah SWT. Dan selepas itu kembali semula ke Mekah pada malam yang sama.
Perjalanan Rasulullah bukanla satu perjalanan yang bersahaja. Kalau kita hayati akan perjalanan yang penuh bermakna ini, kita dapati bahawa solat adalah perintah yang diterima baginda untuk disampaikan kepada umatnya. Pada asalnya, jumlah solat yang diperintahkan adalah 50 waktu sehari semalam, namun tatkala bertemu nabi Allah Musa alaihi salam di langit ke enam, baginda menyarankan agar jumlah tersebut dikurangkan. Saranan itu berulang beberapa kali sehinggalah jumlah solat menjadi 5 waktu sehari semalam seperti yang kita lakukan.
Dalam perjalanan itu juga baginda diperlihatkan dengan kekuasaan serta balasan yang akan diterima oleh umatnya di akhirat nanti. Salah satu peristiwa yang baginda alami semasa diperjalanan, Rasulullah terbau wangian kasturi dan apabila ditanyakan hal itu kepada Jibril, Jibril mengatakan itu adalah Maqam Mashitah seorang penghulu Syurga yang semasa hayatnya mempunyai keberanian dalam memperjuangkan kebenaran dan keimanan terhadap Allah SWT. Semua ahli keluarganya syahid kerana mempertahankan akidah kebenaran.Rasulullah diperlihatkan juga dengan 10 penyiksaan terhadap wanita yang amat menyedihkan hati baginda.
Bulan Rejab disifatkan oleh ahli sejarah, sebagai bulan dukacita bagi Rasulullah kerana berikutan dua musibah yang berturut- turut menimpa baginda atas kehilangan insan-insan yang disayangi. Iaitu Saidatina Khadijah isteri baginda yang tercinta, dan disusuli pula bapa saudara baginda Abu Thalib yang banyak melindungi dan membantu Rasulullah di dalam keadaan yang mana Mekah pada saat itu, berlaku penzaliman dari puak Kuffar Musyrikin.
Dan antara tujuan nabi di isra’ mikraj
Berdasarkan isra’mikraj banyak pengajaran harus diambil agar kita sentiasa berwaspada di dunia yang penuh cubaan ini antarany ialah:
- Manusia perlu sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah SWT. Baik semasa ditimpa kesusahan mahupun nikmat kesenangan. Ini kerana, kita adalah hamba-Nya dan pada-Nya sahaja tempat bergantung segala sesuatu.
- Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Ini kerana semasa perjalanan Rasulullah, baginda ditunjukkan dengan beberapa penyiksaan terhadap umatnya yang melanggar perintah Allah SWT
- Mengingatkan usia dunia yang telah tua yang mana Allah gambarkan di hadapan Rasulullah dunia pada masa itu umpama nenek tua yang hampir ke penghujung hayat.
Banyak lagi pengajarn yang terkandung disepanjang nabi di isra’ mikraj
Monday, July 14, 2008
Tuesday, July 08, 2008
DI MANA KITA WAHAI PEJUANG…
Dewasa kini kita melihat dunia semakin mencabar. Manusia berlumba-lumba untuk mengejar kemewahan material tanpa mempersoalkan dimana halal dan haramnya. Nafsu menjadi rakus kerana kurangnya tarbiah yang sempurna pada diri. Tarbiah dirasakan terlalu payah dan menyusahkan. Kononya tidak mengikut perkembangan zaman. Tarbiah hanya sesuai dijalankan pada zaman Rasullullah dan Salafussoleh yang terdahulu sahaja. Yang kuffar bertambah kuffar. Yang kurang pemahaman semakin berjiwa mati Yang berjiwa kecil takut menegakkan kebenaran. Yang faham kadang-kadang leka. Wanita-wanita pula lupa diri dengan kecantikan semulajadi kurniaan Ilahi. Rela diri diekploitasi kerana merasakan kecantikan tidak perlu disorokkan. Konon- kononya semua itu perlu ditonjolkan untuk memperlihatkan wanita punya harga diri dan bersikap terbuka.
Kehidupan masyarakat kucar- kacir dengan pebagai maksiat yang semacam tiada jalan keluar. Zina, riba, pelacuran pembunuhan, arak sudah tidak terkawal lagi. Maksiat yang besar telah menjadi amalan kebiasaan. Berjalan berduaan, mengumpat, hasad dan dengki tidak terasa apa-apa. Hal yang kecil menjadi normal yang kalau dipersoalkan dianggap ketinggalan zaman. Dimana kita??
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT sekalian…
Adakah kita lebih senang duduk berdiam diri dengan hanya melakukan aktiviti harian dari membantu? Kita dianugerahkan dengan kepandaian masing-masing.
Sahabat-sahabat seperjuangan…
Adakah kita rela terus-menerus membiarkan masyarakat terus tenggelam dengan kemaksiatan? Adakan kita rela melihat generasi akan datang sudah tidak mengenal apa itu Islam? Adakah kita rela Islam hilang izzahnya?? Tepuk dada tanya iman…
Sahabat-sahabat sekalian…
Masa kita terlalu sempit kalau nak dibandingkan dengan kerja atau tugasan yang terpundak di atas kita. Kadang- kadang 24 jam sehari semacam tidak cukup untuk menghadapi dunia yang penuh kerenah ini. Andai kita merasai masa sehari yang diperuntukkan seakan kosong atau semacam terlebih masa, muhasabah lah diri semula. Di mana sepatutnya kita letakkan diri kita. Adakah ditilam empuk sambil berangan-angan perkara yang tidak pasti? Adakah duduk bersantai-santai sambil memperkatakan sesuatu tentang orang lain? Adakah di hadapan komputer sambil berchatting hal yang entah apa-apa dan sebagainya?
Sahabat-sahabat yang dikasihi…
Dunia ini sudah terlalu ‘tua’ kalau hendak diperkatakan. Tua dengan pelbagai cerita yang kita semua lakarkan. Semuanya telah terakam di
NUKILAN RASA..
Friday, May 30, 2008
MENGUASAI ISU SEMASA
Perhatikan beberapa isi yang telah terjadi pada bulan ini..
~ISU MALAYSIA...
1 ) Pengarah Jabatan Agama Perak Di pecat
2 ) Projek keretapi Anugerah bernilai 990 juta kepada kroni UMNO di Terengganu?
Satu projek yang akan dianugerahkan kepada kontraktor kroni UMNO negeri Terengganu bernilai RM990 juta bagi pembuatan landasan kereta api dari Kemaman sampai ke Besut. Projek yang tiada dalam pelaksanaan Rancanan
Projek-projek wang ehsan yang tidak mendatangkan banyak manafaat kepada rakyat negeri terengganu begitu mudah ditaburkan kepada kroni umno terutama sekali kroni PM di negeri ini. Lihat sahaja projek monsun cup yang bernilai melebihi 300 juta tinggal begitu sahaja tanpa faedah yang dapat dirasai oleh rakyat negeri terengganu. Begitu juga dgn projek Taman Tamadun Islam dengan nilaian hampir RM300 juta juga masih belum menampakkan faedah kepada rakyat terbanyak. Orang yang mendapat manafaat besar ialah pemaju Yg. Bhg Dato' Patrick Lim dan kroni umno. ..
3 ) "Angkuhnya Khairy Pertahan ISA"
"I tak boleh pakai 'badge' ni sebab 'I luv ISA'. Lagi pun family I belum ada yang kena ISA, itu lah jawapan Timbalan Ketua Pemuda Umno yang juga menantu bekas penguasa ISA, Khairy Jamaludin, ketika dihulurkan lencana ISA kepada beliau.
4)TSUNAMI SUNGAI di Terengganu Meragut tiga Nyawa
Ia boleh di anggap sebagai Tsunami sungai atau river tsunami. Pada 3 Mei 2008 , hujan di kawasan bukit telah menyebabkan takungan air di ulu sungai yang membekal aliran air ke Sekayu , kawasan perkelahan terkenal di Kuala Berang Terengganu Tanah yang menampung air hujan yang bertakung di bahagian atas air terjun tiba tiba pecah dan air jatuh dan meluru ke bahagian bawah bukit menuju kawasan perkelah air terjun Sekayu dengan laju dan berat .
sila ke laman web al muslimin http://almuslimin2.blogspot.com
"
5) Kemelut babi dan perjuangan Pas
6 ) Isu beras
7 ) Mufti Perlis vs Faizal Tahir
8 ) Permohonan Murtad Dibenarkan?
Tercatat satu lagi sejarah dalam negara
-Baca petikan dari Thestaronline :
9 ) Dr Mahathir keluar Umno
Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta pada 19 mei dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.
10) Gempa bumi: KL, S'gor, Melaka bergegar
Beberapa lokasi di ibunegara dikesan mengalami gegaran berikutan gempa bumi yang melanda Sumatera Utara pada jam 10.26 malam
Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia menyebut gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter itu adalah punca kepada beberapa gegaran di sekitar Lembah Klang.
11) AL-AZHAR BATAL MOU. PELAJAR AGAMA DIANAKTIRI
Soalan Tambahan Yang Berhormat Bachok Ust Nasharuddin Mat Isa kepada Timbalan Menteri Pelajaran telah membongkar sebab mengapa MOU antara Kerajaan Mesir dan kolej-kolej yang menghantar pelajar ke tahun tiga dibatalkan.
12) WPI: Johor akan jadi "
Merujuk kepada artikel "Wilayah Pembangunan Iskandar = Wilayah Pembangunan Singapura" oleh abeemonster yang diterbitkan oleh TKO pada 21 May 2008 dan juga artikel "Zionis Sudah Sampai Ke WPI" oleh orangjohorlama yang diterbitkan pada 22 May 2008Johor perlu dijadikan 'hinterland' ekonomi dan ketenteraan bagi Singapura samada secara aman melalui penjajahan ekonomi atau pun secara penaklukkan ketenteraan, iaitu Johor ditakluki dan dijadikan 'occupied territory' sama seperti Israel menakluki dan menjajah 'occupied territories' di negara-negara Arab. !!
13) Pulau Batu Putih milik Singapura !!
14) Ezam Masuk Semula UMNO!
Setelah mengharungi pelbagai bentuk cabaran, rintangan, ujian dan halangan dalam perjuangan, akhirnya Ezam kembali semula kepada UMNO
15) Petronas biaya Orkestra RM3.5 juta sebulan!
Parlimen menyaksikan pendedahan Ahli Parlimen (DAP-Bagan) Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa Petronas membelanjakan sejumlah RM3.5 juta sebulan untuk membiayai Malaysian Philharmonic Orchestra iaitu orkestra yang diwujudkan oleh kerajaan sejak 10 tahun dahulu atas biaya Petronas.
~ISI DUNIA...
Mengikut berita terkini CNN dan
Untuk melihat video kesan ribut sila ke laman web almuslimin http://almuslimin2.blogspot.com
~ISU YANG MELANDA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA...
Penindasan yang tiada berkesudahan. Kekejaman yang dilakukan setiap hari tanpa henti..
1) Hamas: Perjumpaan Abbas-Olmert hanya sia-sia
3)
4) Hamas : Lawatan Bush Mengecewakan
2) Pmram bebas kembali menggunakan dataran haiyu asyir
2) Musim peperiksaaan bagi Mahasiswa dan mahasiswi mesir..
…BERSAMA MEMBANTU DAN MEMARTABATKAN ISLAM…
Friday, March 21, 2008
SEKITAR MUKTAMAR
Tahniah dan takziah saya ucapkan buat sahabat yang juga ahli bait saya di Mansurah, kak Nor raudah hanum bt Hj Salim yang telah dicalonkan sebagai Hewi Pmram bagi sesi ini. Semoga dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya. Dengan rela hati, insyAllah saya bersedia untuk membantu bukan sahaja di belakang, malahan di kiri, kanan dan hadapan…
Kembali di sekitar Muktamar, bermacam-macam dirasai semasa majlis berlangsung. Ada yang sedih, marah, tidak ketinggalan juga ada yang mengantuk. Apatah lagi dengan dewan yang agak besar dan jarak diantara Mahasiswa dan Mahasiswi yang jauh membuka peluang bagi individu-individu yang tertentu untuk berada di alam lain ( terlelap ). Tapi bukan itu yang hendak saya sampaikan. Muktamar yang lepas betul betul menyentuh hati saya. Mungkin setengah pihak akan mengatakan kerana saya perempuan menyebabkan hati mudah tersentuh. Walaubagaimanapun, saya yakin bukan hanya saya seorang sahaja yang merasa bahana kesedihan sehingga boleh menitiskan airmata, bahkan seluruh Mahasiswa dan Mahasiswi yang menghadiri dan mengikuti muktamar sehingga ke akhirnya pasti tersentuh.
Saya agak tertarik dengan usul yang dibawakan oleh ust Nik Azran bahawasanya BKAN dan DPM harus mengikis semangat taasub kenegerian dan gabung tenaga menghadapi tekanan dan cabaran pada Pmram dan ahli. Sememangnya itulah juga yang saya nampak. Masalah taasub kenegerian dan institusi pengajikan di Malaysia dulu menyebabkan kurangnya kesedaran untuk membantu jika disebelah pihak menghadapi masalah mahupun tekanan. Sebelum ini saya pernah berbincang dengan beberapa orang sahabat ( bukan senegeri dengan saya ) untuk membincangkan masalah ini, dan antara punca yang menyebabkan keadaan ini adalah, masing masing merasa ‘pihak ‘ sendiri jauh lebih baik dari pihak lain, factor bahasa (mungkin) dan sebagainya. Saya tidak mahu mengupas hal ini terlalu panjang pada kali ini (mungkin akan datang) kerana sebenarnya saya hanya mahu menulis sekitar muktamar yang lepas yang mana kini para pimpinan Pmram telah bertukar ganti. Dan seharusnya sebagai ahli yang selalu melaung laungkan “ KITA PMRAM”, turun padang bersama sama mengimfak tenaga dan sebagainya, demi memastikan Pmram dapat bertahan dan terus kuat menghadapi segala kesulitan. Sekian
Wednesday, February 06, 2008
warkah 1 ( DEMI MASA)
ASSALAMUALAIKUM..WBT
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Kita telahpun merdeka melepasi kemelut getir imtihan fasa 1, baik bagi mereka yang pertama kali merasai, mahupun yang telah menjadi kebiasaan. Hakikatnya, kita telah berjaya kerana kita berani menduduki dewan peperiksaan.
Bagi sesi 2007/2008, sekali lagi BKPJM khususnya Unit Pengetahuan dan Bimbingan berusaha bersungguh-sungguh, menyusun dan mengadakan kelas-kelas tafaqquh di Rumah Johor. Semua yang dirangka bukan sekadar memenuhi agenda tahunan, tetapi untuk memberikan kemudahan khususnya bagi ahli Johor itu sendiri menuntut ilmu.
Sahabat-sahabat…
Adakah dirimu masih ingat di waktu awal keberangkatan menuju ke bumi para Anbiya’ ini? Janji yang terlafaz di hadapan kedua orang tuamu dan yang telah dipatri kuat di dalam diri bahawa pemergianmu bukanlah suatu yang sia-sia, dan bukan sekadar suka-suka atau mengikut kawan. Jangan zalimi diri kita dengan perkara yang tidak memberi pulangan yang terbaik buat diri. Andai kita dapat menyelami sungguh-sungguh harapan kedua ibu bapa kita, pastinya kita merasa berdosa bila tanggungjawab sebagai anak kita abaikan. Andai kita merasai perasaan kawan-kawan yang mahu menuntut ilmu tetapi dihalang oleh faktor-faktor tertentu, pastinya kita tidak akan sanggup membuang masa walau seminit dua. Andai kita mengerti menuntut ilmu terlalu penting buat Islam, pastinya setiap detik dirasakan terlalu bernilai.
Sahabat-sahabat…
Ibrahim An-Nakhai pernah berkata;
“Kebinasaan orang yang sebelum kamu adalah sebab tiga perkara iaitu, banyak bercakap, banyak tidur dan banyak makan.”
Oleh itu, jangan kita menjadi seorang pembuang masa yang handal. Renung-renungkan Firman Allah dalam Surah Al-Asr yang bermaksud
“Demi Masa...Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesan dengan kesabaran dan berpesan-pesan kepada kebenaran,.” Selagi mana Allah masih izinkan kita menggunakan nikmat-nikmat-Nya, gunakanlah dengan sebaiknya kerana peluang yang Allah beri tidak akan kembali lagi. Sabda Rasulullah S.A.W,
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara ; Hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, muda sebelum tua dan kaya sebelum papa.” (Riwayat Baihaqi ) Jangan ianya menjadi hafalan semata-mata, tanpa kita teliti maksud dari sabda Baginda yang kita cintai.
Jadi sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, marilah kita sama-sama menghadiri kelas-kelas tafaqquh yang tumbuh bagaikan cendawan di bumi yang penuh barakah ini, Sentiasalah kita ingat bahawa kejayaan kita bukan sahaja memberikan kesan terbaik pada diri sendiri bahkan kepada keluarga ,masyarakat, bangsa , negara dan Islam itu sendiri.
Buat akhirnya, ana akhiri dengan sebuah petikan kata-kata dari Saidina Ali :
“ Manusia yang paling bahagia itu adalah orang yang dapat menunaikan segala tanggungjawabnya”